[VIDEO]Ustaz Nasihat, Kalau Nampak MakhlVk Jang4n Pandai-pandai Baca Ayat Kursi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

[VIDEO] Ustaz Nasihat, Kalau Nampak Makhlvk Jangan Pandai-pandai Baca Ayat Kursi

Bukan tak boleh langsung,tp korg bacalah dlu sebabnya.

PETALING JAYA: Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin.

Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.



Namun, lain pula ceritanya dengan ‘teori’ dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu tular di Facebook sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.

Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu kerana dikhuatiri ganggvan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.

Paparan skrin perkongsian yang dimuat naik oleh Muhamad Firdaus di Facebook pada Jumaat lalu.



“Kalau benda itu (makhlvk halus) hantaran orang (sih1r) bermakna dia ada tugasan.

“Kita baca ayat Kursi sebab kita takvt, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh s4kit.

“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh s4kit,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Sebaiknya bapa kepada dua cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.

Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.



“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan meny3rang balik.

“Kalau dia tu j1n sih1r yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena sant4u.

Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.

Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.



Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.

“J1n tu tak kacau kami pun, kami ternampak ‘dia’ di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi. “Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.

“Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni,” dakwanya.

VIDEO :

Kongsikan,semoga bermanfaat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mStar



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*