Ajaibnya Ayat Kursi : Makna Dan 5 Kebaikkan Kepada Kita

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ajaibnya Ayat Kursi : Makna Dan 5 Kebaikkan Kepada Kita

Ayat Kursi adalah ayat yang agung buat kita umat islam. Malah, setiap dari kita sangat di galakkan untuk mengamalkanya dalam kehidupan seharian dengan sangat kerap.

Ini kerana, ayat kursi ini menggambarkan keagungan yang tidak terbatas dan ia juga di jadikan sebagai ayat untuk melindungi diri kita dari sebarang bahaya. Justeru itu, bagi yang selalu mengamalkanya, kita bukan sahaja akan mendapat keredahaan dari Allah S.W.T tetapi juga akan di berikan perlindungan darinya.

Justeru itu, Kita perlulah selalu membacanya terutama sekali sebelum tidur atau ketika berada dalam keadaan kecemasan.

Cara Bacaan Ayat Kursi Dengan Betul Beserta Dengan Maksudnya

Disebabkan ayat kursi adalah ayat agung, sudah tentulah kita perlu baca ia dengan betul supaya tidak lari maknanya. Justeru itu, kita perlulah melatih diri kita supaya membacanya dengan betul dan tepat.

Jadi, di sini kami kongsikan cara bacaan ayat kursi yang betul dalam bahasa arab dan juga dalam bahasa rumi. Ia supaya dapat memudahkan anda baca dengan betul. Cara bacaan yang betul ialah:

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Kebaikkan Ayat Kursi Kepada Diri Kita Sendiri

Ayat kursi bukan sahaja melindungi diri kita daripada kejahatan dan juga syaitan tetapi ia juga mempunyai pelbagai kebaikkan kepada diri kita. Justeru itu, kita perlulah sentiasa mengamalkan bacaan ayat kursi ini dengan kerap dalam kehidupan seharian kita. Antara Kelebihanya ialah:

Membaca Ayat Kursi Sebanyak 170 Kali Sehari Mendapat:

  • Membacanya dengan kerap pada tengah malam atau dikuti solat Hajat, hajatnya akan di makbulkan
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

Kebaikkan Membaca Ayat Kursi Selepas Solat:

Selain itu, jika anda sering mengamalkan bacaanya selepas solat anda akan dapat bermacam manfaat terutama sekali kepada diri kita sendiri. Jadi, setiap kali selepas solat banyakkan mengamalkanya. Antara kebaikkanya ialah:

  • Terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
  • Menjadikanya seorang bersyukur dan di limpahkan rahmat nabi ke atasnya
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang beriman dan seperti orang yang mati syahid
  • Terpelihara dari seksaan malaikat maut
  • Akan di masukkan ke dalam syurga
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

Setiap Dari Kita Perlulah Sentiasa Mengamalkanya Dalam Kehidupan Seharian

Kesimpulanya, sebagai umat islam kita sememangnya di galakkan untuk mengamalkan bacaan ayat kursi di dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana, ia dapat menjadikan kehidupan kita menjadi lebih tenang dan membuatkan kita menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Untuk anda yang mahu mendapatkan lebih banyak kebaikkan ayat kursi anda boleh terus ke Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*