Genap 1 Tahun, Abi Bawa Kembar Ziarah Pusara Ibu. Sebak Tengok Si Kakak Tak Nak Balik

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Genap 1 Tahun, Abi Bawa Kembar Ziarah Pusara Ibu. Sebak Tengok Si Kakak Tak Nak Balik

Setahun yang lalu, pernah tular kisah seorang isteri yang meningg4l dunia tanpa sempat menatap wajah si kembar yang dilahirkannya. Punca kem4tian adalah komplikasi selepas bersalin.

Kini, telah genap setahun arwah Siti Nur Nasuha Safie meninggalkan dunia, suami, anak kembar dan keluarganya. Suaminya, Syazwan Najmi Zulkarni telah membawa anak kembar mereka untuk menziarahi pusara arwah.

Menerusi sebuah perkongsian video di laman Facebook Mie Mie milik Syazwan Najmi, dia telah membawa anak kembar mereka, Nur Medina Safiya dan Nur Medina Sofiya ke tanah perkuburan yang menempatkan pusara arwah.

Video yang berdurasi 2 minit dan 42 saat itu telah menerima lebih daripada 4.3 ribu likes, lebih 200 komen dan lebih daripada 900 shares di Facebook. Sukar untuk dibayangkan bagaimana si suami tabah membesarkan anak-anak tanpa arwah isteri di sisi.

Berbulan-bulan mengandung dan mesti sudah bermacam perancangan dilakukan bersama untuk membesarkan anak-anak. Namun, takdir dan perancangan Allah S.W.T jauh mengatasi segalanya. Mungkin hanya menerusi gambar dan video sahajalah ruang untuk mereka mengenali arwah ibu mereka.

KONGSI PROSES TUMBESARAN ANAK KEMBAR

Pejam celik pejam celik dah setahun masa berlalu. Seronok bila tengok abinya suka kongsikan tumbesaran mereka di laman sosial Facebook, tiktok dan sebagainya. Di usia begini memang mencabar bagi setiap ibu bapa.

Macam² ragam comel, manja dan kaletah yang boleh kita rakamkan. Nak² lagi bila dibesarkan oleh seorang ayah sahaja tanpa kehadiran ibu di sisi, sudah pasti anak kembar ini jadi begitu rapat dengan abinya.

ANAK TAK INGIN PULANG DARI PUSARA IBU

Menerusi perkongsian video tersebut juga, dapat dilihat salah seorang daripada anak arwah yang tidak ingin untuk pulang. Mungkin dia dapat merasakan kehadiran ibunya disana? Siapa tahu kan.

Namun, tindakan anak kecil tersebut benar-benar menimbulkan sebak buat mana-mana mata yang memandang. Ditambah pula dengan ayat yang disertakan didalam perkongsian tersebut.

“Hari ini abiy bawa kakak,adik pergi kubur ibu .Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun dah anak kita dah boleh jalan dah awak .anak kita sihat come , baik cute macam awak 🥰❤️ sy datang dengan anak anak nie sedekahkan AL-FATIHA untuk awak 🤲sy dan anak anak selalu doa kan awak.”

REAKSI PELBAGAI WARGANET

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang pelbagai. Namun, rata-rata mereka mendoakan kebaikan buat arwah, suami dan anak-anak. Tidak kurang juga yang meninggalkan kata-kata semangat.

Tiada lain yang kami harapkan selain daripada keluarga ini terus tabah dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Bertabahlah wahai anak, ibumu telah menggadaikan nyawa demimu. Untuk membiarkanmu dapat merasai nikmat hidup di dunia. Jangan lupa untuk titipkan doa buat ibumu. In shaa Allah, di syurga kelak pasti bertemu.

SUMBER : FB MIE MIE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*