
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Hidap ‘Down Syndrome’ Tak Menghalang Gadis Asal Jorden Ini Menghafal 30 Juzuk Al-Quran
Menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang terpilih. Bukan sesuatu yang mudah untuk menghafal bait-bait ayat indah itu jika kita tidak menekuninya.
Berjaya hafal al-Quran
Namun, ia tidak juga susah andai ada kemahuan dan juga semangat yang tinggi untuk melazimi kitab suci tersebut. Hal ini samalah seperti seorang gadis dari Jordan yang berjaya menjadi seorang hafizah apabila menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran. Lebih menarik lagi, gadis tersebut yang dikenali sebagai Rawwan Dwaik merupakan insan istimewa kategori down syndrome.
Wanita down syndrome pertama bergelar hafizah
Menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook milik Umm Jamaal ud-Din, Rawwan Dwaik merupakan wanita down syndrome pertama yang berjaya menjadi seorang hafizah dan hal tersebut sangat mengembirakan ramai. Menurut perkongsian daripada ibunya di laman web primetimezone.com, wanita itu memaklumkan bahawa Rawwan mengambil masa 7 tahun untuk menghafal al-Quran dan dia berjaya melakukannya pada pada 29 Ramadan tempoh hari.
Lazimi 3 kali sehari baca al-Quran
Bagi memastikan dia betul-betul menghafal, ibunya telah membawa Rawwan ke beberapa orang Sheikh serta guru bagi mengujinya untuk beberapa bahagian. Akhirnya gadis tersebut berjaya melepasi ujian-ujian tersebut dan bergelar seorang hafizah. Menurut ibunya lagi, Rawwan membaca al-Quran sebanyak 3 kali sehari dan melaziminya sejak kecil dan memaklumkan bahawa al-Quran adalah penyuluh hidupnya.
Dapat ucapan tahniah daripada warganet
Sehubungan dengan itu, sejak beberapa hari lepas, ucapan tahniah telah diterima oleh gadis berkenaan di media sosial yang gembira dengan kejayaannya menghafal kalam Allah itu.
Anda dah bca artikel ini, Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih
Sumber: Twitter, FB Umm Jamaal ud-Din, FB primetimezone.com
Leave a Reply