Berat Hanya Tinggal 35 KG, Elyana Mohon Doa Semua Bakal Jalani Radi0terapi 10 Hari.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Berat Hanya Tinggal 35 KG, Elyana Mohon Doa Semua Bakal Jalani Radi0terapi 10 Hari.

Sungguhpun berada dalam keadaan lemah, namun penyanyi Elyana, 34, masih sempat memuat naik perkembangan terkininya yang kini sedang dirawat di sebuah hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memberitahu yang dia terpaksa menjalani rawatan radiot3rapi selama 10 hari.

Menerusi beberapa siri Instagram Stories, Elyana bercerita mengenai proses memasukkan d4r4h dan susu ke dalam tubvhnya sepanjang dia berada di hospital.

Selain itu, tubvhnya juga perlu dimasukkan dua pek darah, selain susu memandangkan berat badannya kini hanya tinggal 35 kilogram.

Elyana berkongsi berat badannya kini tinggal 35 kilogram.

“Assalammualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan d4rah. Ini baru first bag dar4h dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radiot3rapi sebab doktor tahu saya tak nak kimo. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada.

“Disebabkan saya selalu batuk, h4ti saya bengkak sikit, p4ru-p4ru juga bengkak sikit. Apa-apa pun kena buat CT scan dulu sebelum decide buat radioterapi.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh. Saya juga akan doakan kesejahteraan hidup kita semua. Amin,” tutur pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal itu.

Elyana memohon doa daripada peminat agar dia diberi kesembuhan dengan kadar segera.

Beberapa jam kemudian, Elyana memuat naik lagi beberapa siri Instagram Stories mengesahkan yang dia perlu menjalani rawatan radiot3rapi selama 10 hari.

“Pagi tadi doktor datang dan doktor decide untuk buat 10 kali radi0terapi selama 10 hari bekerja,” katanya.

Terdahulu, Elyana mengesahkan yang dia menghidap kank3r limfo4 sejak sekitar 11 tahun lalu.

Sumber: Instagram Elyana

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*