Hukvm Isteri Mengiringi Jenaz4h Suami Pada Waktu Iddah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hukvm Isteri Mengiringi Jenaz4h Suami Pada Waktu Iddah

Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenaz4h suami dan solat jenaz4h, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan. Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الخُدُودَ، وَشَقَّ الجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kem4tian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.

Hadis riwayat al-Bukhari (1297)

Daripada Umm Atiyyah R.Anha bahawa dia berkata:

نُهِينَا عَنْ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenaz4h-jenaz4h (ke kekubvran) dan Baginda (SAW) tidak mel4rang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.

Hadis riwayat al-Bukhari (1278)

Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) l4rangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda. Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenaz4h itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.

Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenaz4h ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenaz4h:

ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ

Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berd0sa dan tidak mendapat pahala.

Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.

Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenaz4h, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenaz4h ke perkubvran. Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kem4tian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubvr suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubvr.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.

Wallahua`lam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*