Gigih Kayuh Basikal 3KM Hantar Pesanan Makanan RM80, Rider Foodpanda Terkedu Rupanya Kena ‘Pr4nk Order’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Gigih Kayuh Basikal 3KM Hantar Pesanan Makanan RM80, Rider Foodpanda Terkedu Rupanya Kena ‘Pr4nk Order’

Saban hari, pasti ada pelbagai cerita mengenai kes pen!puan atau lebih mudah orang kita panggil sebagai ‘scam’. Ada yang dit!pu melalui panggilan kononnya daripada pegawai ‘bank’, ada daripada mahkamah dan banyak lagi.

Tidak kurang juga, kes ‘scam’ ini hampir sama dengan ‘prank order’ yang selalu dihadapi penghantar makanan (rider). Begitulah yang dialami oleh seorang rider Foodpanda ini apabila dia menerima ‘prank order’ daripada pelanggan.

Lebih menyedihkan, rider ini bukanlah manusia ‘normal’ macam kita tapi insan ‘istimewa’. Sudahlah penat mengayuh basikal di bawah panas terik, sekali dapat tahu dia dit!pu rupanya. Mari ikuti kisah benar yang dikongsikan di laman Facebook Stesen Minyak SHELL Jalan Sulaman di bawah ini.

Kesian adik rider Foodpanda tadi mengayuh basikal lebih kurang 3 km untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan kononnya pelanggan tu menunggu di Shell Sulaman rupanya kena scam. Adik ni istimewa sikit, tidak boleh bertutur seperti orang biasa. Nasib baik ada kawan dia bantu. Dia mencari-cari nama pelanggan Mira. Tapi kami bagitau mana ada Mira sini.

Kami tanya pula sudah call pelanggan tu? Kawan adik tu cakap sudah dan bila ditanya melalui WhatsApp, pelanggan tu cakap dia bingung dan tidak tahu siapa guna HP dia, cuma rider tu hairan dan marahlah kenapa dia called tadi pelanggan tu tidak cakap awal-awal yang dia tersalah order malah disuruh hantar ke Shell?

Setelah tahu pelanggan scammer tu lepas tangan saja, kami bantulah membeli makanan tu cuma kami berharaplah pada scammer tu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian. Imagine kalau tidak ada yang mahu bayarkan, adik ni terpaksa tanggung melainkan Foodpanda boleh bagi ganti rugi.

Time-time lockdown ni ramai yang tengah susah dan berhempas-pulas untuk mencari rezeki. Adik ni motosikal pun tidak ada hanya menghantar makanan memakai basikal saja. Jadi janganlah membebankan lagi orang yang tengah susah.

Sumber:siakapkeli via majalahharian.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*