R3muk Hati Seorang Ibu Apabila Semalaman Jen4zah Bayi Terbi4r Kerana Kesemp!tan Hidup

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

R3muk Hati Seorang Ibu Apabila Semalaman Jen4zah Bayi Terbi4r Kerana Kesemp!tan Hidup

Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan j3nazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup. Dia hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang meningg4l dunia akibat demam panas.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji. Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir berkata, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan j3nazah bayi berkenaan.

“Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun. Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meningg4l dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Laili berkata, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat dikebumikan jam 1.30 tengah hari. Katanya, ibu berkenaan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.

Menurutnya, keluarga berkenaan dih!mpit kesusahan selepas suaminya menjalani hu kuman p3njara selama setahun kerana masalah d4dah.n”Justeru kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian,” katanya.

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu. Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan.

ᴊᴇɴᴀᴢ4ʜ b4yi yang semalaman tidak dapat diuruskan. FOTO ihsan Rumah Ngaji.

Sampai hati tiada jiran yang tolong

Reaksi warga maya

Tiada ketua kampungkah di sana?

Nasib baik ada orang lalu

Ini adalah fardu kifayah

Sumber: ilmutazkirah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*