Rapatlah Dahulu Dengan Keluarga Si Dia, Barulah Cinta Kekal Lama

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rapatlah Dahulu Dengan Keluarga Si Dia, Barulah Cinta Kekal Lama

Tanyalah kepada sesiapapun, setiap daripada kita pastinya ingin menikm4ti rasa cinta apatah lagi dicintai. Cinta adalah anugerah, maka ia adalah fitrah manusia untuk menikm4tinya dengan hati penuh berserah. Jika perhubungan tiada parah, lekaslah bawa ia untuk disahkan. Hangatkan cinta anda dengan pasangan menerusi tip yang dipaparkan ini.

TIP HANGATKAN CINTA

1-YAKINI CINTA ANDA

Tiada apa yang lebih penting selain yakin dalam hati yang si dia ialah calon sehidup sem4ti anda. Jika benar, pastinya naluri serta perasaan seolah-olah terikat serta bergolak dengan keperibadiannya.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berfikiran terbuka dan berani mengambil risiko. Jika anda yakini perhubungan itu akan berkekalan, pastinya anda akan berusaha sehabis baik untuk menjaga keindahannya.

2) LAHIRKAN ZURIAT

Ini merupakan langkah yang ternyata akan melindungi warna kasih sayang anda daripada pudar. Mempunyai zuriat daripada keturunan anda berdua yang sah adalah sebagai bukti cinta yang terjalin.

Bila sudah ada anak, pastinya anda berdua saling memerlukan dalam menempuh kehidupan berkeluarga. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, anda berdua dinasihatkan banyakkan bersabar, tidak terburu-buru dan teruskan berusaha.

3) ‘NIKAHI’ KELUARGA PASANGAN

Setelah bernikah, anda seharusnya memikirkan jua bagaimana untuk memenangi hati keluarga si dia. Ini adalah penting bagi anda untuk terus menjalani hidup berpasangan dengan harmoni dan tenteram.

Resipi kebahagiaan rumah tangga yang paling afdal pastinya restu dan berkat yang diperoleh dari kedua-dua belah pihak. Oleh itu, sentiasalah merendah d1ri dan cuba sehabis baik untuk memikat hati keluarga mertua bagi mewujudkan keluarga yang harmonis. Namun berpada-padalah jangan sampai ‘beruk di hutan disusukan, anak di rumah m4ti kelaparan’.

4) BERMAIN CINTA

Sesudah berumah tangga, tibanya masa untuk menyemaikan rasa cinta yang anda berdua dahagakan. Malah, inilah momen untuk anda mengenali hati budi dengan berkasih tanpa perlu risau mahupun berselindung.

Anda bebas untuk bercinta dengannya tanpa sebarang syarat. Semakin lama anda mendekatinya, semakin tebal rasa sayang anda. Amalkan untuk terus meneroka jiwa dan nurani pasangan agar cinta terus bersemi kekal ke akhirnya.

5) BUKTIKAN KEUTUHAN CINTA

Ini wajar dilakukan. Bagi meyakinkan anda berdua dicipta untuk saling melengkapi, ini masanya untuk buktikan keutuhan cinta. Sekiranya ada yang berbisik nista atau berbohong dusta akan pasangan anda, jangan teragak-agak untuk membela. Secara tidak langsung ini menunjukkan anda mengambil berat akan perasaan serta emosi pasangannya.. Berpend1rianlah dalam mengukuhkan kestabilan tiang rumah tangga.

6) RELA BERKORBAN

Ini merupakan tuntutan wajib dalam setiap perhubungan. Perkahwinan menuntut pengorbanan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, sentiasa bersedia berkorban dari segi masa, wang, ruang mahupun perasaan. Jangan amalkan sikap mementingkan d1ri send1ri, kelak pastinya ia memakan d1ri.

7) KEKALKAN MOMENTUM

Sentiasa amalkan untuk mempertahankan kesejahteraan cinta dengan belaian kasih serta kvcup manja bagi menyemar4kkan rasa sayang anda berdua. Panggilan manja serta kualiti masa bersama dapat menguatkan dasar percintaan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk terus kekalkan momentum kemesraan tersebut walau sesibuk mana pun. Yang pasti, jangan berhenti mencuba sesuatu yang segar membara rasa cinta dalam rumah tangga anda.

KEBAIKAN CINTA SELEPAS KAHWIN

  1. Tidak dan sukar untuk berasa bosan terhadap pasangan
  2. Teruja untuk mengenali dan akan meluangkan banyak masa dengan pasangan
  3. Lebih mencabar, maka secara tidak langsung akan menguatkan serta mengukuhkan perhubungan
  4. Dapat menjauhkan d1ri daripada maksiat. Jika sebelum berkahwin, anda berdua sukar untuk menjalani percintaan, maka selepas berkahwin anda bebas untuk melakukan apa sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

GAMBAR SEKADAR HIASAN

sumber : Pesona Pengantin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*