Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Isteri Kita Adalah Soulmate dan Bukannya Maid,” Cinta Luar Biasa Edika Yusof
Setiap perkahwinan yang dibina pastinya mengharapkan ia berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Susah senang dilalui bersama, dugaan dan ujian diharungi berdua.Namun panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Kesetiaan seseorang itu boleh dilihat apabila pasangannya menerima ujian. Di sinilah kesetiaan teruji sama ada memilih untuk terus menghadapi ujian susah senang bersama mahupun ambil jalan mudah meninggalkan pasangan.
Cinta Luar Biasa Edika Yusof
18 tahun usia perkahwinan pelakon Edika Yusof, 54 dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44 bukanlah satu tempoh yang sekejap.Biarpun rumah tangga diuji isteri disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan diri lumpuh separuh badan pada 2005, iaitu 14 tahun lalu Edika Yusuf tetap setia menjaga isteri dalam apa juga keadaan.
Pelakon segak lagi setia ini tidak pernah sesekali terdetik hati meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya dengan mencari pengganti lain.Mengharungi susah payah bersama isteri tanpa pernah merungut.
Borak Kelamin Episod 7
“Isteri kita adalah soulmate dan bukannya maid,” pesan Edika Yusof.
Ada sebabnya ayah kepada dua orang cahayamata ini beri pesanan sedemikian.
Nak tahu lebih lanjut boleh saksikan Episod 7 Borak Kelamin yang menampilkan kisah Cinta Luar Biasa Edika Yusof disebalik pengorbanan beliau dalam menjaga isterinya yang lumpuh. Perkongsian yang ternyata membuka mata sesiapa sahaja yang menonton dan beliau membuktikan yang cinta sejati itu masih wujud walaupun sedang diuji.
Cerita Dalam Kain pula mebawakan kisah tentang seorang isteri yang menghidapi masalah buah pinggang kronik namun dijaga dengan penuh kasih sayang oleh si suami.
Sumber : mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply