Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Cara Merawat Bisa,Lengguh Sendi Akibat Gangguan S1hir Menerusi Rawatan Islam
Gangguan sihir dan gangguan jin ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun melalui pemujaan makhluk halus. Tak puas hati atau d3ngki dengan seseorang, ilmu s1hir yang dicari untuk membalas dendam. Unsur sihir ini selalunya dibawa masuk ke dalam tubuh badan mangsa melalui jin yang dihantar untuk melaksanakan misi sihir tersebut. Apabila unsur sihir tersebut berada di bahagian badan atau organ tertentu, ia boleh menyebabkan bahagian badan atau organ tersebut gagal berfungsi dengan baik, rasa sakit dan rasa berat. Jika tidak dirawat dengan segera, mangsa boleh menemui ajal akibat gangguan sihir ini.
Amalan s1hir adalah d0sa besar disisi Allah!
Terdapat 4 jenis cara bagaimana sihir boleh mengenai seseorang iaitu:
- Sihir melalui makanan atau minuman.
- Sihir yang disentuh atau dilangkah.
- Sihir yang dimasukkan ke dalam badan mangsa melalui bantuan jin.
- Sihir daripada luar badan pesakit melalui medium gambar, tapak kaki, sihir berbentuk simbol menggunakan barang-barang atau medium tertentu dan sebagainya.
SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN S1HIR, JIN DAN PENYAKIT ‘AIN
Sering kali orang ramai menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami gangguan sihir, jin, dan penyakit ‘ain. Akibatnya selalu terjadi seseorang yang benar-benar mengalami masalah gangguan sihir, jin atau penyakit ‘ain mengadu kepada ahli keluarga atau orang terdekat tentang permasalahan tersebut tidak diendahkan dan dianggap mengalami masalah tekanan, stress, depresi, dan mengada-adakan cerita sahaja.
Berikut simptom-simptom gangguan sihir, jin dan penyakit ‘ain seperti yang dibincangkan oleh Shaykh Abderraouf Ben Halima:
1) Halangan-halangan dalam kehidupan
Halangan-halangan yang berulang-ulang dalam kehidupan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pekerjaan, perniagaan, dan perkahwinan sehingga ianya menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan pesakit. Halangan-halangan tersebut bersifat sistematik dan menghalang kejayaan seseorang dalam kehidupan. Inilah salah satu pengaruh sihir dalam kehidupan seperti mana firman Allah: ”
“Dan daripada kejahatan orang yang menghembus pada simpulan.” (Surah Al-Falaq: 4); di mana tukang sihir mengikat simpulan dan mengembuskan mantera-mantera kufur untuk membelenggu kehidupan seseorang.”
- Sihir juga boleh meruntuhkan rumah tangga antara suami isteri
Maka kehidupan seseorang itu akan terbelenggu dan tidak maju ke hadapan; sukar mendapat dan mengekalkan pekerjaan sedia ada; perniagaan sentiasa mengalami kerugian dan kehidupan dirundung malang. Jika mangsa seorang wanita dan sihir tersebut membelenggu rahimnya, maka dia akan mengalami kesukaran untuk mengandung. Jika mangsa belum berkahwin, mangsa sukar untuk mendapatkan jodoh dan akan menolak setiap pinangan yang diterima tanpa sebab yang munasabah.
Jika mangsa seorang pelajar, mangsa akan menghadapi kesukaran untuk memahami pelajaran dan mengelamun dalam kelas. Jika mangsa seorang pelajar cemerlang, tiba-tiba mangsa gagal dalam peperiksaan dan tidak bersemangat seperti sebelumnya tanpa sebab yang munasabah.
2) Masalah kesihatan yang luar biasa
Mangsa akan mengalami penyakit-penyakit yang berulang-ulang dan luar biasa yang tidak dapat difahami oleh doktor perubatan, contohnya rasa berdebar-debar, rasa mencucuk-cucuk di bahagian dada atau kaki, sakit di bahagian pinggang atau tulang belakang dan lain-lain. Pemeriksaan perubatan penuh menunjukkan tiada sebarang komplikasi kesihatan dan mangsa diisytiharkan sihat oleh doktor. Maka doktor mengesyorkan agar pesakit berjumpa pakar psikiatri kerana menurutnya mangsa mempunyai masalah kesihatan mental atau tekanan yang menyebabkan pesakit mengada-adakan penyakit tersebut.
- Sakit belakang yang berulang-ulang antara tanda-tanda terkena sihir
Contoh yang sering menimpa pesakit sihir adalah gejala gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut. Apabila mangsa termakan atau terminum makanan dan minuman yang dicampurkan dengan unsur sihir, unsur sihir tersebut akan melekat di dinding perut seperti gam. Secara semula jadi, perut akan menghasilkan asid gastrik untuk mencernakan unsur asing tersebut. Walau bagaimanapun sistem pencernaan badan tidak dapat mencernakan unsur tersebut dan perut terus menghasilkan asid gastrik untuk mencernakan unsur sihir yang melekat pada usus perut sehingga menyebabkan gejala gastrik, pedih ulu hati, muntah-muntah, dan kembung perut. Ubat-ubatan yang diberikan doktor hanya dapat mengurangkan gejala gastrik tersebut dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan tersebut.
Contoh lain adalah mangsa mengalami masalah kulit yang berlarutan dan berulang-ulang seperti masalah psoriasis dan eczema. Keadaan ini berlaku apabila mangsa tersentuh atau terlangkah unsur sihir secara langsung. Ini juga menyebabkan mangsa berasa berat di kawasan tersebut. Allah berfirman:
“Orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan.” (Surah Al-Baqarah: 275).
“Dan ingatlah akan hamba kami Ayub ketika dia menyeru kepada Tuahnnya: “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana.” (Surah Sad: 41)
3) Perubahan keadaan fikiran dan tingkah laku yang luar biasa dan drastik
Perubahan karekter secara tiba-tiba di mana pesakit yang sebelum ini seorang yang tenang dan ceria bertukar menjadi pemarah, sedih, depresi, ketakutan, fobia, gangguan tumpuan, mudah lupa, mendengar dan melihat sesuatu. Jika berlarutan boleh meyebabkan seseorang menjadi gila. Keadaan yang sering berlaku adalah suami isteri tiba-tiba membenci antara satu sama lain tanpa sebab yang munasabah. Allah berfirman:
“Mereka mempelajari daripada keduanya apa yang dapat memisahkan antara seorang lelaki dan isterinya.” (Surah Al-Baqarah: 102).
4) Mimpi buruk
Apabila seseorang dibelenggu oleh sihir dan diganggu jin, selalunya mangsa akan mengalami mimpi buruk. Sebagai contoh, mangsa disihir menggunakan kunci mangga sebagai medium sihir, mangsa akan sering bermimpi dikejar orang tetapi mangsa tidak berjaya ditangkap :
apabila tali yang disimpulkan digunakan sebagai medium sihir, mangsa akan bermimpi melihat ular seperti kisah dalam Al-Qur’an di mana ahli sihir Firaun yang menukarkan tali kepada ular.
apabila air digunakan sebagai medium sihir, kehidupan anda terutamanya kewangan anda akan susut sebagaimana anda menadah air di tangan dan air tersebut mengalir jatuh sebelum anda sempat meneguknya.
jika sihir diletakkan di tempat tinggi seperti di atas bukit dan gunung, kehidupan mangsa seakan-akan berputar kembali ke tempat asal dan tidak bergerak ke hadapan atau dalam kata lainnya tiada peningkatan dalam kehidupan dan menyebabkan mangsa duduk mengelamun, ketakutan, keresahan, tiada keyakinan dan tidak dapat berfikir secara membina dan pragmatik iaitu sering berfikiran negatif dan pesimis, mangsa sihir ini akan bermimpi jatuh dari tempat tinggi, terbang dan mendaki tempat tinggi.
jika medium sihir berasal dari kubur atau diletakkan di kawasan perkuburan, mangsa akan berasa lesu, bangun daripada tidur dalam keadaan letih seolah-olah tidak tidur semalaman, tidak menikmati kehidupan dan tidak melihat jauh ke hadapan, dan sering bermimpi orang yang telah meninggal dunia, mimpi orang yang masih hidup meninggal, mimpi melihat diri sendiri meninggal, mimpi melihat kubur atau pengebumian.
Sihir dari kubur akan membuatkan mangsa bermimpi orang yang telah m4ti
Allah berfirman:
“Dan Allah menurunkan kepadamu air hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan daripada kamu gangguan-gangguan syaitan…” (Surah Al-Anfal: 11).
Ayat ini mengenai peperangan Badar di mana para sahabat mengalami mimpi basah dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan berjunub, maka Allah memberitahu kepada mereka bahawa mimpi tersebut daripada syaitan yang ingin agar mereka berada dalam keadaan hadas besar ketika perang tersebut, walau bagaimanapun Allah menurunkan hujan untuk menyucikan mereka. Ini juga menunjukkan mimpi luar biasa berkaitan seksual boleh disebabkan oleh jin dan syaitan.
Gangguan makhluk halus sama ada dalam bentuk sihir atau jin dan sebagainya memang bahaya jika tidak dirawat dengan segera. Kepada mereka yang menderita akibat daripada sihir dan gangguan jin kafir serta syaitan, cara yang terbaik untuk merawatnya ialah melalui rawatan alternatif islam berdasarkan kaedah Shaykh Abderraouf Ben Halima.
Shaykh Abderraouf Ben Halima
Shaykh Abderraouf Ben Halima merupakan raqi dan perawat antarabangsa terhadap permasalahan sihir, gangguan jin dan penyakit ‘ain(akibat hasad/iri hati). Beliau juga merupakan seorang Hafiz Quran yang berasal dari Tunisia. Pusat rawatan beliau meliputi 20 buah negara di seluruh dunia.
Berdasarkan pengalaman Shaykh Abderraouf, 85% peratus pesakit yang mendapatkan rawatan yang menggunakan kaedah rawatan beliau mencapai kesembuhan sepenuhnya. Kaedah rawatan menekankan kepada usaha untuk menghapuskan sumber sihir dari akar umbi, bukannya semata-mata menghalau jin yang datang dengan unsur sihir tersebut.
Sering kali kita melihat sesetengah perawat memberikan tumpuan penuh hanya untuk mengusir jin yang ada dalam tubuh pesakit tanpa melakukan diagnosis yang tepat tentang punca jin tersebut hadir dalam tubuh pesakit, sama ada disebabkan oleh sihir atau sebab lain. Ini menyebabkan pesakit terpaksa mendapatkan rawatan secara rutin kerana unsur sihir yang masih membelenggunya.
Walau bagaimanapun, dalam kaedah yang diperkenalkan Shaykh Abderraouf, perawat perlu mengenal pasti punca gangguan dan memberikan rawatan yang bersesuaian untuk mengatasi gangguan tersebut. Maksudnya, kaedah rawatan adalah berbeza-beza mengikut jenis gangguan yang dihadapi dan tidak terhad kepada hanya satu kaedah sahaja.
RAWATAN ISLAM BERDASARKAN KAEDAH SHAYKH ADBERRAOUF BEN HALIMA UNTUK MERAWAT SIHIR DAN GANGGUAN JIN
Salah satu jenis cara sihir atau gangguan jin mempengaruhi mangsa adalah apabila unsur sihir tersebut berada di bahagian badan tertentu. Unsur sihir ini selalunya dibawa masuk ke dalam tubuh badan mangsa melalui jin yang diutus untuk menghantar dan melaksanakan misi sihir tersebut. Apabila unsur sihir tersebut berada di bahagian badan atau organ tertentu, ia boleh menyebabkan bahagian badan atau organ tersebut gagal berfungsi dengan baik, rasa sakit, dan rasa berat.
Bagi menangani masalah sihir dan gangguan jin ini, rawatan bekam ruqyah telah diperkenalkan oleh perawat terkenal antarabangsa, Shaykh Abderraouf Ben Halima. Tujuan bekam ruqyah adalah untuk menyedut keluar unsur sihir dan jin yang turut serta di bahagian badan tersebut.
Bagaimana rawatan bekam ruqyah berfungsi?
Unsur sihir secara amnya terdiri daripada jampi serapah batil dan kata-kata yang berunsur syirik. Al-Qur’an pula adalah Kalamullah yang Haq dan tinggi. Apabila ayat-ayat Qur’an yang spesifik dibacakan kepada pesakit, unsur sihir tersebut akan mengecil dan keluar melalui sedutan mangkuk bekam.
Video Shaykh Abderraouf tentang ruqyah dan cara mengalahkan sihir
Dalam kaedah yang diperkenalkan Shaykh Abderraouf, perawat perlu mengenal pasti setepat mungkin jenis sihir yang menimpa pesakit berdasarkan diagnosis simptom-simptom yang dialami pesakit. Setelah diagnosis dilakukan, perawat tersebut akan melakukan rawatan dan memberikan preskripsi yang perlu diikuti oleh pesakit. Bahan preskripsi terdiri daripada bahan-bahan semulajadi, herba, dan makanan Sunnah.
Kaedah ini lebih berkesan dan menepati Sunnah Rasulullah s.a.w. berdasarkan hadith yang menceritakan tindakan-tindakan yang diambil Rasulullah s.a.w. ketika baginda disihir seorang lelaki Yahudi.
CARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN ISLAM KAEDAH SHAYKH ADBERRAOUF BEN HALIMA
Perkhidmatan rawatan Islam bagi menangani permasalahan sihir dan gangguan jin berdasarkan kaedah perawat terkenal antarabangsa dan Hafiz Qur’an, Shaykh Abderraouf Ben Halima(www.benhalimaabderraouf.fr) yang berasal dari Tunisia. Pusat rawatan beliau meliputi 20 buah negara di seluruh dunia dan mempunyai pengalaman menjalankan rawatan di Batam, Singapura, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan.
Sumber: suaramedia.org
Leave a Reply