Niat Baik & Usaha, Yang Penting Ikhlas, Terus Bantu Rakyat Ustaz, -TMJ

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Niat Baik & Usaha, Yang Penting Ikhlas, Terus Bantu Rakyat Ustaz, -TMJ

Niat Baik & Usaha, Yang Penting Ikhlas, Terus Bantu Rakyat Ustaz, -TMJ
Sudah pasti ramai yang mengetahui mengenai kemelut yang tiba-tiba berlaku antara Influencer terkenal, dan pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew berhubung misi kemanusiaan di Gaza.

Sejak beberapa hari yang lepas, Influencer tersebut dilihat seakan ‘memancing’ orang ramai dengan memerli seseorang berkopiah dan sudah pasti ramai yang dapat meneka siapa yang ditujukan oleh Influencer itu.

Terharu keprihatinan TMJ

Belum mengulas sebarang kontroversi yang melanda, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik kembali hantaran di Instagram Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ dengan menjunjung kasih kerana bertanya khabar mengenai pemergian allahyarham bapanya tempoh hari.

Beliau juga terharu kerana TMJ sentiasa membantu rakyat dalam kesusahan siang dan malam.

Pesanan buat ustaz

TMJ juga dilihat turut menitipkan pesanan buat pendakwah tersebut apabila menasihati agar sentiasa ikhlas, berniat baik dan terus berusaha dalam menbantu rakyat.

Fikir krisis negara

Walaupun gambar yang dimuat naik oleh Kerabat Diraja Johor itu hanya meninggalkan emoji jam pasir sahaja tanpa sebarang kapsyen khusus, namun ruangan komennnya ada menyebut berkenaan sesetengah pihak yang hanya memikirkan kepentingan peribadi dan mengejar publisiti.

Selain itu, baginda turut menyatakan terlalu banyak manusia yang berpura-pura sedangkan pada hakikatnya ‘nothing’ ketika negara sedang dilanda krisis.

Ramai yang mohon TMJ nasihatkan infleuncer berkenaan

Ruangan komen Instagram TMJ juga penuh dengan warganet yang menyebut tentang Influencer tersebut dan meminta baginda menasihatinya. Mereka juga berharap agar terus memberikan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit Lew dalam meneruskan dakwahnya.

Tuanku beri kata2 semangat dekat Ustaz ye

Sound sikit influencer tu Tuanku

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen< Like dan share ya. Terima kasih

Sumber:ohmymedia via sembang dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*