Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Saya Cuma Mahu Sebar Kasih Sayang, Tetapi Kenapa Masih Ada Yang Berprasangka Burvk?” – Ustaz Ebit Lew
Pendakwah yang dikenali dengan kerja kemasyarakatan dan kebajikan, Ustaz ebit lew, meluahkan rasa kesal apabila masih ada berprasangka buruk biarpun dia cuba membawa dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.
Ia dipercayai susulan kontrovversi membabitkannya dengan seorang penyanyi rap, yang hebat diperkatakan sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Dalam satu video yang tular di media s0sial, Ebit berkata beliau tidak kisah dengan kejian atau tvduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.
“Apa yang saya buat adalah demi Allah SWT semata-mata. Kalau orang ugut saya pun, saya tak takut. Setakat kata-kata (tak berasas), saya tak kisah tetapi apabila ramai orang lain terlibat sama (dalam situasi itu), saya jadi sedih.
“Walaupun saya cuba nak bawa kasih sayang, pun ada orang nak lawan, nak benci. Saya tak faham.
“Dahulu saya tak kenal Tuhan, saya j4hat. Saya bergaul dengan kawan-kawan yang j4hat juga, tetapi tak pula jumpa benda-benda begini.
“Tetapi apabila saya cuba jadi baik dan cuba berdakwah, ujian pula datang tidak berhenti,” katanya yang dilihat menitiskan air mata dalam video berkenaan.
Kontroversi yang memalitkan nama Ebit itu timbul selepas penyanyi rap itu mendakwa ada banyak ‘rahsia’ di sebalik misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, selain memberi bayangan seolah-olah Ebit adalah punca dia masih tidak dibenarkan memasuki G4za sehingga hari ini.
Dia juga mend4kwa tindakan Ebit memuat naik gambar kanak-kanak G4za hanyalah untuk tujuan ‘content’ di media s0sial.
Dakwaan itu bagaimanapun telah disangkal pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan menerusi hantaran di Instagram.
“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di pal3stin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.
“Hubungan UEL dan Menteri Luar ɢᴀᴢᴀ juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar pal3stin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL,” kata Arief.
Malah Arief memaklumkan pihak mereka juga menempuh jalan sukar untuk memasuki G4za, dan terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum mendapat kebenaran.
Sumber : Awani dan FB Ustaz EBit Lew
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply