Menakjubkan! Inilah Kesan Membacakan Al-Quran Pada Tubuh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Menakjubkan! Inilah Kesan Membacakan Al-Quran Pada Tubuh

“Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan daya ingatkan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur’an…”

Dr Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan di Hospital Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, sama ada mereka berbahasa Arab ataupun tidak, mampu merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan jiwa, menangkis pelbagai jenis penyakit, merupakan pengaruh yang boleh dirasakan oleh orang-orang yang menjadi subjek kajiannya.

Penelitiannya disokong dengan bantuan alat elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan otot dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujiannya, dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran mampu mempengaruhi sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil ujian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Subjek kajiannya telah dijalankan terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang wanita. Kelima-lima orang tersebut sama sekali tidak memahami bahasa Arab dan mereka juga tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkan adalah ayat Al-Quran.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali terbahagi dua sesi, iaitu membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran. Kesimpulannya, responden mendapat ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari ayat Al-Quran.

Malah, Al-Quran juga memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada seorang bayi. Perkara tersebut didedahkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari yang diperdengarkan kepadanya ayat-ayat Al-Quran dari tape recorder menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang besar kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya juga memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ​​) seseorang, bacaan Al-Qur’an lebih dari itu. Selain IQ dan EQ, bacaan Al-Qur’an juga mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Maha Benar Allah yang telah berfirman; “Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang”. QS Ar-Ra’d ayat 28.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*