Foto Pakcik Tua Yang Setia Menemani Isteri Berniaga Sampai Terlelap Ini Mengundang S3bak Ramai

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Foto Pakcik Tua Yang Setia Menemani Isteri Berniaga Sampai Terlelap Ini Mengundang S3bak Ramai

Setiap kali melihat pakcik atau makcik tua terpaksa mencari rezeki demi sesuap nasi, sudah pasti akan timbul rasa sebak dalam hati sanubari kita. Ini kerana, kita mengharapkan di usia lanjut sebegini, mereka dapat menghabiskan bersama anak dan cucu tersayang. Namun, tidak semua yang bernasib baik untuk menikmati kehidupan usia emas bersama orang tersayang.

Beberapa ketika dulu, tular di media sosial gambar sepasang suami isteri warga emas di Sandakan, Sabah sedang menjual keropok di hadapan sebuah kedai serbaneka sehingga menimbulkan rasa sebak netizen. Menurut sumber, pasangan suami isteri ini terpaksa menjual keropok selepas rumah yang mereka diami hangus dalam satu kebakaran tidak lama dulu.

Anak-anak warga emas itu pula tidak diketahui di mana keberadaan mereka. Sehubungan itu, orang ramai yang terserempak dengan pasangan warga emas ini bolehlah membeli barangan yang mereka jual atau bersedekah dengan seikhlas hati. Mudah-mudahan, kehidupan mereka akan dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Sumber: Media Massa via majalaharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*