Permata ulama Kedah, Tuan Guru Haji Rifaie Yaakob mening gal dunia

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Permata ulama Kedah, Tuan Guru Haji Rifaie Yaakob mening gal dunia

BALING – Ulama terkenal Kedah, Muhammad Rifaie’ Yaakob, 59 tahun mening gal dunia pagi tadi akibat masalah kesihatan.

Dalam kenyataan Pejabat Jabatan Mufti Kedah memaklumkan, Allahyarham merupakan salah seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah.

Jabatan Mufti Negeri Kedah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, pada 1961, Allahyarham Muhammad Rifaie’ mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai dan melanjutkan pelajaran ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Omar Zuhdi.

Allahyarham Muhammad Rifaie’ pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun.

Pada 2019 Allahyarham telah dilantik Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*