Sedekahkan al-Fatihah jika rindu, pesanan terakhir bapa sebelum ditidurkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sedekahkan al-Fatihah jika rindu, pesanan terakhir bapa sebelum ditidurkan

Jempol: “Papa pesan jaga adik dan opah elok-elok. Jika rindu kepada papa dan mama kami diminta sedekahkan al-Fatihah,” kata Mohammad Syahmil Sabiha, 12.

Mohammad Syahmil dan adiknya, Nurhaniesya, 8, menjadi yatim piatu selepas ibu, Hazliza Hassan, 38, dan bapa, Sabiha Ibrahim, 38, meningg4l dunia ak1bat dij4ngk1ti C0v1d-I9.

Hazliza meningg4l dunia pada 14 Jun lalu di Hospital Jempol manakala Sabiha pula menghembuskan nafas terakhir pada 28 Jun di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Menurutnya, masih terngiang terngiang-ngiang pesanan terakhir bapanya ketika bercakap menerusi telefon sebelum arwah ditidurkan.

Katanya, bagi mengubat kerinduan dia dan adiknya akan menatap gambar dan memeluk baju arwah ibu dan bapa.

Dua beradik itu kini tinggal bersama nenek mereka Salmah Abdol, 69, di Felda Palong 7.

Sementara itu, Salmah berkata, dia tidak menyangka kehil4ngan anak dan menantu dalam masa singkat ak1bat v1rus berkenaan.

“Arwah anak, Hazliza dan menantu mempunyai sejarah peny4kit k3ncing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Sabiha juga ada asma.

“Hazliza sebelum itu sudah beberapa kali berulang-alik ke Hospital Jempol kerana menjalani pemeriksaan masalah kandungannya. Beberapa hari selepas pulang ke rumah dia mengalami s3sak nafas,” katanya.

Katanya, anaknya kemudian dihantar semula ke hospital sebelum disahkan meningg4l dunia ak1bat C0v1d-I9.

“Berikutan itu dia bersama menantu dan dua cucu turut diarah menjalani ujian saringan C0v1d-L9 sebelum dis4hkan posit1f. Kami dibawa ke Pusat Kuarantin C0v1d-I9 (PKRC) Kuala Pilah untuk dikuarantin.

“Bagaimanapun, kesihatan menantu saya semakin merosot dan dihantar ke HTAN bagi rawatan lanjut sebelum ‘ditidurkan’ namun meningg4l dunia selepas tiga hari menerima rawatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua cucunya itu akan dijaga sehingga akhir hayatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*