Sebahagian Orang Pernah Melakukan Tathaiyur…Apa Itu Tathaiyur?

Deal With the Devil

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sebahagian Orang Pernah Melakukan Tathaiyur…Apa Itu Tathaiyur?

Apa itu tathaiyur? Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syir4k.

Contoh-contoh Tathaiyur:

  • Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
  • Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
  • Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.(hakikatnya semua orang akan m4ti)… Dan ni antara yang femes…hahaha
  • Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
  • Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
  • TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
  • Diberak burung kononnya ada rezeki.
  • Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
  • Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
  • Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
  • Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
  • Mimpi berak, kononnya akan ditimpa s4kit.
  • Burung hantu bersahutan, kononya ada orang meningg4l.

Kenapa dikatakan syir1k? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syir1k, bertathaiyur itu syir1k, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathayyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).

Jangan “berjabat” dengan j1n dan sya1tan yang memanipulasi fikiran manusia.

Wallahualam…sila share jika bermanfaat…

Sumber: Facebook Sabariah Mohd Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*