Kisah Rasulullah Pernah Dis1hir Dan Seb4b Turun Surah Al-Falaq

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah Rasulullah Pernah Dis1hir Dan Seb4b Turun Surah Al-Falaq

Pasti anda sudah sebati dengan surah tiga Qul, bukan? Ia juga dikenali dengan empat Qul yang merangkumi surah Al-Kafirun, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan juga An-Nas.

Ia digelar sebagai empat Qul kerana permulaan surah ini dimulai dengan kalimah Qul. Dalam keempat-empat surah ini, ada 2 surah yang diturunkan secara serentak, iaitu surah Al-Falaq dan juga An-Nas yang merupakan dua surah terakhir dalam Al-Quran.

Menariknya mengenai surah ini adalah ia diturunkan berikutan peristiwa Rasulullah SAW yang telah dis1hir oleh seorang lelaki Y4hudi, iaitu Labid bin Al-A’sham.

Penangan s1hir itu cukup hebat sehingga membuatkan Baginda SAW merasa was-was terutamanya dalam perbuatan ibadah. Ada ketika, Baginda membayangkan melakukan sesuatu, namun rupanya ia belum lagi dilakukan.

Perkara itu sehingga merisaukan para sahabat dan isteri-isterinya. Namun, Baginda SAW tetap kuat melawannya dengan meminta petunjuk dan pertolongan dari Allah sehinggalah Allah mendatangkan Jibril AS untuk meruqyah (merawat) Baginda SAW.

Dari Abu Said Al-Khudri RA berkata – “Jibril AS pernah mendatangi Nabi SAW dan berkata: “Wahai Muhammad, adakah engkau s4kit?” Kemudian, Nabi SAW menjawab: “Benar.” Lalu, Jibril berkata:

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللهُ يَشْفِيْكَ، بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ

Maksud: “Dengan nama Allah, aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang mengganggumu dan dari keburukan peny4kit ‘ain yang timbul dari pandangan mata orang yang dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu. Dengan nama Allah, aku meruqyahmu.” (HR Muslim, no. 2186)

Pelajaran Dari Surah Ini

Melalui surah ini, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW pernah dis1hir akib4t rasa tidak puas hati kaum Y4hudi terhadapnya.

Imam Jalaluddin al-Mahali menyebut bahawa s1hir yang dihantar kepada Baginda adalah diikat melalui tali busur dengan 11 ikatan. Lalu, Allah memberi petunjuk mengenai s1hir tersebut dengan diturunkan ayat ini sebagai bacaan perlindungan.

Diriwayatkan juga ketika Nabi SAW membaca dua surah ini, iaitu surah Al-Falaq dan An-Nas, maka ikatan dari busur tersebut terlepas dan badan Baginda terasa ringan dari pengaruh s1hir tersebut sehingga terlepaslah semua ikatan yang ada. (Tafsir Al-Jalalain, hlm. 615)

Kedua-dua surah ini juga diajarkan kepada kita untuk dibaca sebagai langkah melindungi diri daripada sihir serta penyakit was-was. Sebab itu, setiap kali sebelum menunaikan solat, kita boleh mengamalkan surah ini agar terhindar dari rasa tidak khusyuk.

Bahkan, ia juga digunakan dalam rawatan rukyah bagi membantu membaskan diri dari pengaruh s1hir.

Ibnu Qayyim menyebut – “Mengenai sirah Baginda SAW yang terkena sihir, ia bukanlah aib kepada kemaksuman Baginda. Hal ini kerana, s1hir merupakan sebuah peny4kit, iaitu penyakit ‘ain dan ia boleh tertimpa kepada sesiapa bahkan juga Rasulullah. Nabi SAW menderita sakit ini sebagaimana Baginda menderita peny4kit lain.” (Zaad Al-Ma’ad, 4:113-114)

Kesimpulan

Hasad d3ngki, sihir dan peny4kit ‘ain adalah perkara yang berlegar dalam masyarakat kita, bahkan dari zaman para nabi lagi diriwayatkan telah berlaku perkara ini.

Ibl1s merupakan makhluk pertama yang dirudung permasalahan hasad d3ngki sehingga menyebabkan beliau somb0ng.

Kita lihat kesannya sehingga boleh memberi impak buruk kepada orang lain. Sebagai manusia yang beriman, kita tidak boleh mengelak dari perbuatan s1hir itu, namun kita boleh mencegah dengan sentiasa mengamalkan ayat pelindung agar bebas dari peny4kit ‘ain ini.

Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan bacaan empat Qul ini.

Wallahu a’alam.

Sumber: tzkrh.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*