
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kita Dianjurkan Berdoa Agar Terh1ndar Daripada Az4b kvbur! Ini Pesan Nabi SAW Kepada Isterinya Ummu Habibah…
Kisah Isteri Nabi Muhammad SAW bernama Ummu Habibah pernah berdoa seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA.
Ummu Habibah pernah berdoa, “Ya Allah! Berilah nikmat panjang umur untuk aku hidup menjadi isteri Rasulullah serta dengan Abu Suyfan dan saudaraku Mu’awiyah.”
Mendengarkan perkara itu, Nabi Myhammad SAW berkata y4ng bermaksud, “Sungguh engkau tel4h meminta kepada Allah ajal yang telah ditentukan, hari-hari yang telah ditetapkan dan rezeki yang sudah terbahagi. Sesuatu tid4k akan dipercepatkan sebelum waktunya. Seandainya engkau memohon kep4da Allah agar engkau terhindar daripada az4b ner4ka atau az4b kubur, nescaya itu lebih baik dan lebih ut4ma.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Perkara y4ng Allah SWT sudah tentukan pastinya tidak boleh lagi dipercepatkan atau dilewatkan. Ini termasuk perkara mengenai ajal dan rezeki seseorang di atas dunia ini.
Dalam hadis itu, Nabi SAW berkata kepada isterinya, lebih baik minta diselamatkan daripada az4b kubur dan seksaan neraka daripada memohon perkara yang tidak dapat diubah.
Sememangnya, kita dianjurkan mem0hon perlindungan daripada az4b kvbur.
Satu hadis riwayat Aisyah menyatakan: “Telah datang berziarah kepada aku dua wanita tua Yahudi penduduk Madinah. Kedua-duanya berkata kepada aku, sesungguhnya penghuni kubur itu akan diseksa di kuburan-kubvran mereka. Aku mendustakan perkataan dua wanita Yahudi itu dan aku tidak suka membicarakan perkataan mereka.
“Kemudian mereka berdua keluar dan masuklah Nabi SAW kepadaku, m4ka aku berkata kepadanya, Wahai Rasulullah sesungguhnya ada dua wanita tua dan aku menceritakan kisah (mengenai wanita Yahudi yang mengatakan ada seksaan kvbur).
“Aku tidak mengetahui tentang azab kubur, sampai datang perempuan Yahudi kepadaku. Dia meminta sesuatu kepadaku, kemudian aku berikan. Perempuan Yahudi itu berkata, sem0ga Allah menjagamu daripada az4b kvbur. Aku mengira itu hanyalah bualan Yahudi semata-mata. Hingga akhirnya, Rasulullah datang, aku memberi tahu perihal itu, Rasulullah mengatakan kepadaku bahawa azab kubur itu ada.”
Lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Kedua-dua wanita Yahudi itu benar, sesungguhnya penduduk kubur itu akan diseksa dengan seksaan yang akan didengar oleh seluruh binatang ternak. Maka, sejak itu aku tidak pernah melihat Baginda melaksanakan s0lat kecuali meminta perlindungan daripada az4b kvbur.”
Di dalam kvbur, akan ada golongan yang mendapat nikmat serta ada menerima az4b yang sangat dahsyat.
Nabi SAW menyatakan, golongan yang diseksa itu jeritan mereka boleh didengar oleh haiwan ternakan.
Barangkali, kita yang melalui kawasan perkuburan mendapati ia aman dan tenteram sahaja. Pada hakikatnya, terdapat pelbagai cerita di alam sana.
Satu kisah masyhur membabitkan sahabat Nabi SAW iaitu Saidina Uthman Ibn Affan apabila melintasi kawasan perkuburan, beliau akan menangis teresak-esak.
Ketika ditanya oleh sahabat yang melihat keadaannya itu, Saidina Uthman berkata, perkara itu disebabkan Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.”
Kubur adalah ‘rumah’ pertama kepada alam akhirat. Cerita mengenai tiupan sangka kala, kebangkitan serta perhimpunan manusia di padang mahsyar, timbangan amalan, melintas titian sirat, syurga dan ner4ka itu semuanya masih jauh lagi perjalanannya.
Ramai manusia menghabiskan masa ‘bergelut’ untuk mendapatkan kenikmatan dunia dan kurang memikirkan persiapan mereka untuk menghadapi masa yang sangat panjang di alam kubur kelak.
Sumber : Harian.metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply