Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kebahagiaan Yang Hakiki, Lihatlah Bagaimana Bahagianya Mereka
Bahagia itu bukan kerana HARTA mu berlimpah ruah, Bahagia itu bukan kerana PASANGAN mu. Bahagia itu juga bukan kerana kamu memiliki ANAK. Bahagia itu bukan kerana kamu memiliki RUMAH yang besar dan megah. Dan Bahagia itu bukan kerana kamu memiliki KENDERAAN yang mewah.
Tetapi kebahagian itu datang saat kamu memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. Kerana kebahagiaan adalah dimana hati kita tenang dan tidak bimbang. Dengan dzikir, hati akan menjadi tenang. ‘Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang p3cah.
Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluk4..‘ Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia?
Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia. Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat.
Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ? Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT.
Sumber: Tahfizmutiara
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
Leave a Reply