0rang Yang Akan Mendapat Kemanisan Iman Berdasarkan Hadis Sahih

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

0rang Yang Akan Mendapat Kemanisan Iman Berdasarkan Hadis Sahih

“Sesungguhnya iman bukanlah angan-angan atau pengakuan semata, namun iman adalah keyakinan yang tertancap dalam hati dan dibuktikan dengan amalan-amalan.” (Diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dalam az-Zuhd dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman [1/80])

Rasa manisnya iman seperti dalam penjelasan Asy-Syaikh al-Allamah Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di adalah rasa manis dalam kalbu. Jika seorang hamba telah merasa manisnya iman, rasa itu mampu membendung dirinya daripada terpengaruh dengan segala nikmat dan rasa cinta dunia. Hatinya sentiasa dalam ketenangan dan ketenteraman.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke ner4ka” (HR Bukhari No: 15)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ، وَبِشْرُ بْنُ الْحَكَمِ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ، – وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ – الدَّرَاوَرْدِيُّ عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْهَادِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ “‏ ذَاقَ طَعْمَ الإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً ‏”

“Dari Abbas bin Abdul Muttalib, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Telah merasai kemanisan iman orang yang redha kepada Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya” (Sahih Muslim)

Sorang sahabat bernama Ubadah bin As-Shamit pernah berwasiat kepada anaknya:

Wahai anakku, sungguh engkau tidak akan mendapatkan kelazatan hakikat iman hingga engkau meyakini bahwasanya apa yang telah ditakdirkan oleh Allah akan menimpamu tidak akan luput darimu, dan apa yang ditakdirkan tidak menimpamu tidak mungkin mengenai dirimu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya, yang pertama kali diciptakan oleh Allah adalah qalam (pena), lalu Allah berfirman kepadanya, ‘Tulislah!’ Pena berkata, ‘Wahai Rabbku, apa yang aku tulis?’ Allah berfirman, ‘Tulislah takdir-takdir segala sesuatu hingga tegak hari kiam4t”

Wahai anakku, sungguh aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa m4ti tidak di atas keimanan kepada takdir, ia bukan dari golonganku.” (Sunan Abu Daud No. 4078, dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud)

Sumber: Tazkirah.net

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*