4 Tanda Pes4nan Nabi, Kita Sudah Diakhlr Zaman

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

4 Tanda Pes4nan Nabi, Kita Sudah Diakhlr Zaman

Peristiwa akhir zaman banyak dikhabarkan kepada kita membaca hadis-hadis baginda Rasulullah SAW. Ini kerana Baginda mahu kita sentiasa mempersiapkan diri atau bersedia untuk menghadapi hari kiamat yang menjadi rahsia Allah. Tanda-tanda kiamat sama ada kecil ataupun besar akan diperlihatkan kepada kita sebelum terjadinya hari kiamat yang amat d4hsyat.

Pada masa kini agama Islam akan menjadi asing atau amalannya dianggap tidak sesuai mengikut peredaran zaman. Asing itu bukanlah bermakna Islam tidak dikenali memandangkan Islam adalah agama yang mempunyai ramai penganut.

Dalam hadis daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan asing dan kelak ia akan kembali asing sebagaimana dahulu ia bermula dalam keadaan asing. – [HR Muslim 208].

Kita dapat saksikan pada hari ini ada individu atau masyarakat yang mengamalkan ajaran mengikut syariat Islam, sunnah dan akhlak Rasulullah namun dipul4u dan dipandang s3rong oleh orang lain. Di sini Dr HD akan memberikan empat tanda mengenai manusia akhir zaman yang perlu kita tahu dan sedar serta perlu bermuhasabah dengan diri sendiri. Islam tidak menghalang seseorang itu mencari harta ataupun untuk hidup dalam kemewahan tetapi Islam mel4rang seseorang itu mendapatkan harta dengan cara melanggar hukum Allah

1. Tidak peduli soal halal, h4ram pada harta mereka

Baginda Rasulullah menyatakan bahawa manusia pada waktu itu mereka tidak mempedulikan lagi soal halal dan h4ram dalam urusan perniagaan mereka. Sabda Rasulullah: Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli dari mana ia mendapatkan harta, dari yang halal atau yang haram. – [HR Nasai’ 4378].

Jika kita perhatikan pada zaman ini, ramai dalam kalangan kita yang mahu cepat kaya tetapi dengan melanggar hukum hakam dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan di dunia yang sementara. Islam tidak menghalang seseorang itu mencari harta ataupun untuk hidup dalam kemewahan tetapi Islam mel4rang seseorang itu mendapatkan harta dengan cara mel4nggar hukum Allah.

2. Berperangai bu ruk

Islam mengambil berat soal akhlak, budi pekerti yang baik serta ihsan sesama manusia. Akan tetapi akan datang jenis-jenis manusia yang bu ruk perangai mereka sehingga digambarkan oleh Baginda Rasulullah mereka itu di pagi dan petang hari dalam keadaan kemurk4an Allah.

Sabda Rasulullah: Akan muncul beberapa orang dari umat ini di akhir zaman di pagi hari mereka berada di dalam kemurk4an Allah dan di petang hari mereka berada di dalam kemar4han Allah. – [HR Ahmad 21129]. Hadis ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada langsung perasaan takut pada Allah bahkan mereka tidak ada perasaan malu di hadapan Allah sehingga sanggup melakukan makslat dan d0sa.

3. Orang-Orang b0doh yang menguruskan urusan umum

Kata para alim ulama mengenai manusia akhir zaman nanti mereka tidak lagi jujur dalam berbicara sehinggakan seorang pendust4 dipercayai dan seorang yang berkata benar dianggap berb0hong. Ini semua disebabkan kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan jauh daripada ajaran Islam.

Sabda Rasulullah: Akan datang tahun-tahun penuh dengan pendustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercayai, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhlanati, dan Ruwaibidho turut bicara. Lalu Baginda ditanya apakah Ruwaibidho itu? Baginda menjawab: Orang-orang b0doh yang mengurusi urusan perkara umum. – [HR Ibn Majah 4026].

Umat Islam diminta supaya sentiasa berhati-hati dengan pendust4 yang berada di sekeliling mereka. Adalah menjadi kewajipan umat Islam pada waktu itu untuk tidak mengikut apa yang dikatakan oleh mereka serta perlu sentiasa mencari kebenaran dan jangan sesekali meninggalkan mereka tanpa nasihat-nasihat yang baik supaya mereka tidak melakukan pendust4an.

4. Ilmu akan diangkat

Ilmu dapat membezakan antara perkara yang hak dan yang batil. Dengan adanya ilmu maka seseorang itu akan sentiasa selamat daripada sebarang perkara yang memud4ratkannya. Kerana itu pada akhir zaman nanti ilmu akan diangkat dengan kem4tian para alim ulama yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Rasulullah telah bersabda tentang tanda-tanda kiamat: ilmu agama dicabut, banyaknya b3ncana, kebakhilan bermaharajalela dan banyaknya Al-Harj. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah itu Al Harj? Rasulullah menjawab: Pembu nuhan. – HR Muslim 4827].

Oleh yang demikian kita diminta untuk sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah yang mana manusia sudah mula jauh daripada kedua-duanya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mempersiapkan diri agar tidak terjerumus ke dalam fitnah yang boleh meruntuhkan tahap keimanan kita.

Jadikan d0a sebagai senjata terbaik dalam memelihara iman.

Antara d0a yang boleh kita amalkan ialah; Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada az4b kubur, daripada azab ner4ka Jah4nnam, daripada fitnah kehidupan dan setelah m4ti serta daripada kejah4tan fitn4h al-masih al-Daj jal”. – [HR Muslim 588].

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Doa ini disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika selesai membaca tahiyyat akhir sebelum daripada salam seperti mana yang disebut di dalam hadis. Akhir kalam, semoga Allah memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitn4h yang ada di akhir zaman.

Sumber:gengborak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*