Beri Sepenuh Kasih Sayang, Tapi Anak Tinggalkan Ayah Lumpuh Di Rumah Kebajikan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Beri Sepenuh Kasih Sayang, Tapi Anak Tinggalkan Ayah Lumpuh Di Rumah Kebajikan

Semangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kian dirasai, walaupun Ramadhan masih berbaki beberapa minggu lagi. Kebiasaannya, seisi keluarga akan mula sibuk menyiapkan segala persiapan bagi menyambut hari kemenangan ini.

Namun, di kala orang lain sibuk bersama ibu bapa mereka di kampung halaman, masih ada orang tua yang duduk berseorangan dan diabaikan walaupun mempunyai anak yang ramai.

Itulah yang dirasai oleh seorang ayah apabila empat anaknya mengambil keputusan meninggalkannya di rumah kebajikan. Paling menyayat hati, mereka tidak pernah menjenguknya walaupun pada musim perayaan.



Terlalu manjakan anak sehingga sanggup bayar wang hantaran RM10k

Bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu dikenali sebagai Awang, 46, berkata tiga anak lelaki dan seorang perempuan berubah sikap selepas dirinya lumpuh separuh badan akib4t str0k, dua tahun lalu.

“Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.”

Tambah Awang lagi, dia turut memberikan kereta, motosikal dan duit kepada anak-anaknya walaupun hidup mereka dahulu tidaklah berapa senang.

Anak2 tak pernah muncul lepas tinggalkan di hospital



Awang menceritakan yang dia pernah tinggal di rumah salah seorang anak sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Tanpa dijangka, anaknya itu sebenarnya berniat meninggalkan ayahnya di situ.

“Anak-anak tak jenguk pun. Puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang. Kalau saya m4ti pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi.”

Netizen k3cam perangai anak2 tak kenang budi



Terkesan dengan peristiwa ini, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Awang malah turut berasa kecewa dan hampa terhadap segelintir anak-anak yang tidak berjasa kepada kedua-dua ibu bapa serta sanggup meletakkan mereka di rumah kebajikan tanpa alasan yang kukuh.

Sumpah je jadi katak

Sombong2 nak pergi mana?



Anak2 tak boleh dimanjakan sangat

Tak bau syurga

Sumber: SinarHarian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*