Kisah “Carlos” Lelaki Bertatu Jesus Yang Menerima Hidayah Allah SWT, Allahu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah “Carlos” Lelaki Bertatu Jesus Yang Menerima Hidayah Allah SWT, Allahu

Sekali lagi, sahabat Adam iaitu Tengku Najihah a.k.a Mooku berkongsi tentang kisah Islamik ini kepada Adam. Jom baca kisah ini. Antara waktu solat Maghrib dan Isyak, di sebuah masjid di Texas, imam sedang menyiapkan beberapa kerja pengurusan di pejabat. Pintu diketuk dan seorang lelaki menjengulkan wajah. Rambutnya panjang berikat, misai dan janggutnya panjang tumbuh meliar.Gayanya seperti penunggang yang meredah freeway dengan ‘cooper’ Harley Davidson- Live to Ride! “Nama saya Carlos.” Tangan dihulur sambil memperkenalkan namanya. Imam menunggu apa yang bakal diperkatakan seterusnya oleh tetamu asing ini.

” Saya ingin memeluk Islam.” Suara garuk keluar dengan lancar dari ulas bibirnya. Imam tidak menjangka mendengar itu daripada lelaki ini. Sepintas lalu dia mengamati lelaki yang hanya mengenakan leather vest pada tubuhnya yang penuh tatoo. Di bahagian dada terpampang begitu besar gambar lelaki disalib; gambaran Jesus.

Pada lengan sasanya terdapat gambar wanita mendukung bayi; gambaran Mary mendukung Jesus. Badannya jadi kanvas memperaga mural keagamaan seperti yang terdapat di dinding gereja ortodoks. Imam menyahut permintaanya. Carlos diajarkan dua kalimah syahadah. Setelah berjaya menyebutnya dengan lancar, Carlos berhenti seketika melayan emosinya; bergenang air pada kelopak matanya yang redup.

“Apakah yang mendorong kamu untuk menjadi seorang Muslim, wahai Carlos?” Carlos merenung lembut ke wajah imam. “Saya membesar sebagai seorang Kristian sejati.” Dia memulakan cerita, seperti ada bau setanggi gereja bersama mukadimah cerita itu. “Sejak kecil saya dididik menyayangi Jesus.’ Bicaranya lancar. Imam mengangguk-angguk mendengar dengan tekun.

“Kasih sayang terhadap Jesus menjadi destinasi hidup saya, kerana itu kamu dapat lihat tubuh saya ini penuh dengan gambar Jesus.” Dia menunjuk ke serata tubuhnya. “Saya benar-benar menyayangi Jesus.” dia menyambung dengan suara sedikit kuat, berbaur emosi yang tidak dapat disembunyikan. “Semuanya berjalan seperti biasa hinggalah tiga hari lepas.”

QDia terhenti seketika. “Pada malam itu saya bermimpi. Saya melihat cahaya dingin yang terang-benderang; ia begitu menyilaukan. Di balik cahaya itu, terdengar suara yang sangat jelas, menyeru nama saya: Carlos, sekiranya kamu menyayangi Jesus dengan ikhlas, jadilah seorang Muslim… Hanya Islam meletakkan Jesus pada kedudukan yang benar.”

Carlos menggayakan dengan penuh perasaan ketika dia tersentak dan terjaga daripada tidur.”Mimpi seperti itu datang berulang kali dalam tidur pada malam-malam berikutnya. Ia membulatkan tekad dan membawa saya ke mari.” Carlos menutup kisahnya tepat pada masa saat azan Isyak dilaungkan.

Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar ! Gemersik laungan azan memenuhi ruangan masjid, menusuk ke kalbu Carlos. Habis azan, imam bangkit untuk keluar. “Apa yang harus saya buat sekarang?” tanya Carlos meminta bimbingan. ” Kamu ikut sahaja apa yang saya lakukan sepanjang solat nanti,” ujar imam penuh mesra.

Berdirilah Carlos di saf belakang imam. Dia mengikut perlakuan imam; qiam (berdiri), rukuk, iktidal dan sujud daripada satu rakaat ke satu rakaat. Kesemua itu dilakukan dengan begitu sukar dan kekok, namun terserlah ketundukannya sebagai seorang Muslim.

Selesai imam memberi salam, Carlos masih khusyuk di dalam sujudnya. Selang beberapa detik berlalu, imam bangun dan duduk di sebelah Carlos yang masih sujud. “Carlos… kita telah habis solat.” Imam menggoncang tubuh Carlos. Tubuh itu terkulai dan terbaring; imam segera merapatkan telinga ke dada Carlos. Sedetik imam berhenti, suasana begitu sunyi. Terluncur dari bibir imam: Inna lillah wainna ilaihi raji’un.”

Carlos rupanya telah meniggal dunia.

Allah menjemput pulang Carlos dalam sujudnya yang terakhir. Pulang dalam keadaan bersih sesuci bayi yang baru lahir. Baru tadi dia mengucap syahadah disaksikan azan Isyak; pada sujud solat Isyaknya pula ia pulang menghadap Tuhannya. Allah berkuasa memberi hidayah kepada Carlos pada saat terakhir hidupnya, walaupun sebelum itu dia tidak pernal kenal erti Islam dan kebenarannya.

Dia ditakdirkan oleh Allah untuk diberi hidayah dan tergolong sebagai orang yang beruntung. Rasulullah S.A.W menyebutnya tentang ini dalam sabda baginda: “Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya, ada dikalangan kamu yang melakukan amalan ahli neraka sepanjang hidupnya sehingga antaranya dan neraka tinggal sehasta sahaja lagi, maka datang baginya ketentuan yang telah tertulis buatnya lalu dia melakukan amalan ahli syurga lalu masuklah di kedalam syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hidayah itu milik Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga kita semua termasuk golongan yang mendapat Hidayah dan Taufik daripada Allah SWT.. Sumber: Cerita ini diambil daripada Majalah Q dan A, Edisi Perdana di ruangan Cermin Ajaib.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*