Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Senarai D0sa Suami Isteri, Tolong J4ngan Buat Semua Perkara Ini Dalam Tak Sedar
Bercakap tentang dosa-dosa isteri amatlah mudah jika disenaraikan oleh para suami, lidah mereka lancar menyebut satu persatu kelemahan isteri, seperti fitn4h wanita, isteri nusyuz, wanita penghuni ner4ka paling ramai, isteri banyak mengeluh sedikit bersyukur, isteri pengikis, mulut celopar, pencemburu, queen control dan tajuk-tajuk yang serupa dengannya. Seolah-olah hanya wanita yang menuai d0sa dalam rumah tangga.
Bagaimana pula jika para isteri disoal siasat tentang perangai suami mereka? Mesti senarai mereka lebih panjang lagi, satu persatu d0sa suami disusun.
Masalah suami tak beri nafkah, suami panas baran, kedekut, pemalas, tak romantik, suami mata keranjang, suami jahil agama dan segala isu-isu yang membabitkan kelemahan suami.
3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga
1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA
Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang, isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. Suami gatal isteri pula cari jantan, d0sa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah ner4ka dunia akhirat selain d0sa z1na?
Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon. Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksi4t amat tinggi jika bersendirian!
D0sa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi.
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: “AKU BENAR-BENAR MENGETAHUI ROMBONGAN-ROMBONGAN MANUSIA DARI KALANGAN UMATKU, MEREKA DATANG HARI KIAMAT NANTI DENGAN MEMBAWA PAHALA SEBESAR GUNUNG TIHAMAH YANG BERWARNA PUTIH AKAN TETAPI
ALLAH MENJADIKANNYA DEBU YANG BERHAMBURAN. TSAUBAN (SEORANG SAHABAT NABI) BERKATA: WAHAI RASULULLAH TERANGKANLAH SIFAT MEREKA KEPADA KAMI, TERANGKAN KEADAAN MEREKA KEPADA KAMI AGAR KAMI TIDAK TERMASUK GOLONGAN MEREKA KERANA KAMI TIDAK MENGETAHUI.
Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)
2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA
Suami yang menzallmi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.
SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH S.A.W: “TAHUKAH KAMU SIAPAKAH ORANG YANG MUFLIS ITU? PARA SAHABAT MENJAWAB: ORANG YANG MUFLIS ITU ADALAH MEREKA YANG TIDAK PUNYA WANG DAN BARANG. BAGINDA BERSABDA: SESUNGGUHNYA ORANG YANG MUFLIS DI KALANGAN UMATKU IALAH ORANG YANG DATANG DI HARI KIAMAT DENGAN MEMBAWA PAHALA SEMBAHYANG,
PUASA DAN ZAKAT TETAPI DIA MENCACI ORANG, MENUDUH ORANG, MAKAN HARTA ORANG, MENUMPAHKAN DARAH ORANG DAN MEMUKUL ORANG. MAKA HAMBA YANG DIZ4LIMI ITU DIBERI SEGALA PAHALA-PAHALANYA DAN JIKA BELUM HABIS (HUTANG KEZALIMAN) MAKA DOSA-DOSA ORANG ITU DIPINDAHKAN KE ATASNYA KEMUDIAN DIA DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA.” (HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM)
Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak redha, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?
3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK
Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.
Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksi4t.
Tiga senarai d0sa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!
Sumber: Islamituindah
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply