Sering Dimomok Makan Telur, Ayam Boleh Buat Luka Bernanah Dan Gatal, Dr Amalina Tampil Perjelas

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sering Dimomok Makan Telur, Ayam Boleh Buat Luka Bernanah Dan Gatal, Dr Amalina Tampil Perjelas

Pemakanan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan harian seseorang terutamanya individu yang dikenal pasti menghidapi sebarang penyakit. Perkara ini kerana pemakanan boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan dan juga menyumbang zat-zat penting untuk memberikan kesembuhan dengan pantas.

Begitu juga bagi ibu-ibu muda yang baru sahaja melahirkan anak, mereka sering dimomokkan untuk tidak mengambil makanan seperti ayam atau telur kerana boleh menyebabkan nanah dan kesan-kesan gatal pada tempat luka. Pun begitu, perkara yang menjadi pantang larang sejak dahulu ini dikatakan sudah tidak relevan dengan teknik perubatan pada masa kini.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Amalina di laman Twitter miliknya, dikatakan ayam atau telur sebenarnya tidak menghasilkan nanah atau menyebabkan kesan gatal. Malah, ianya merupakan sumber terbaik kepada protein.



Tambahnya lagi, makanan seperti itu hanyalah perlu dielakkan sekiranya mempunyai alahan kepada kedua-dua jenis makanan itu.

Perkara ini adalah kerana kaedah perubatan yang digunakan pada masa dahulu dan sekarang nyata berbeza. Pada zaman dahulu dipercayai sebelum tahun 1970-an, doktor atau pakar bedah akan menggunakan benang ‘catgut’ untuk menjahit kesan luka. Sememangnya, benang serat yang diperbuat daripada usus binatang ini boleh menyebabkan kegatalan pada kesan luka.

Namun, setelah muncul teknologi baru membuat benang sintetik seperti ‘polyflgycolic’ dan ‘polyglactin’, benang catgut sudah tidak digunakan dan tidak menyebabkan kegatalan lagi.

Tambah Dr Amalina, benang sintetik menjadikan luka lebih cepat sembuh dan lebih selamat berbanding sebelumnya. Ia juga merupakan anti-bakteria.

Menjengah ke ruangan komen, nyatanya rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Dr Amalina.



Sumber: Dr Amalina Bakri VIA Islamituindah

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*