Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah Dan Licin Guna Ais Kiub Tomato

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah Dan Licin Guna Ais Kiub Tomato

Bukan susah nak buat kulit wajah jadi cantik, yang penting kenalah rajin.Tak perlu nak guna produk mahal-mahal pun, guna bahan-bahan semulajadi pun boleh dan pastinya lebih selamat tiada kesan sampingan.

Malah,kebanyakkan bahan-bahan semulajadi ni memang sedia ada di dapur rumah.Contohnya perkongsian amalan yang dilakukan oleh Nurul Balqis ni, guna buah tomato je untuk cantikkan kulit wajahnya.

Berikut merupakan perkongsian beliau;

Harini qis ade nak share satu tip yang qis dah amalkan sejak 6bulan yang lepas. Memang menjadi.

Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:

1.Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut

2.Gelap bawah mata pon dah berkurang

3.Kulit qis still glowing walau tanpa makeup

4.Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dpat cegah kedutan

5.Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.

6.Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.

Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar kat bawah ni. Selamat mencuba

Silakan kalau nak share utk simpan tip ni dan boleh tag rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bwah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.

Bahan-Bahan:

  • 2 biji buah tomato
  • Mesin Pengisar
  • Bekas Kiub Ais

Cara Membuat:

1.Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.

2.Seterusnya,masukkan tomato yang dipotong kecil tadi kedalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.

3.Kisar sampai hancur dan halus.

4.Kemudian,masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.

5.Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka

Rasai keajaibannya.

Selamat Mencuba!

Sumber: Nurul Balqis

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*