Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ketika matahari terbit dari barat, ini suasana umat yg akan terjadi
APABILA kita merujuk bahan bacaan yang menyenaraikan tanda-tanda kecil kiamat, boleh dikatakan hampir semuanya sudah berlaku.
Antara tanda yang mahsyur dan terbukti berlaku pada hari ini adalah wanita berpakaian, tetapi telan jrang. Seorang wanita itu terdapat dua sifat padanya iaitu dia berpakaian dan dia juga telan jrang.
Berpakaian tetapi telan jrang itu maksudnya pakaian yang dipakainya memperlihatkan bentuk tu buh badannya. Bahkan, lebih buruk daripada itu seorang wanita berpakaian, tetapi nampak kulit tu buh badan serta aurat mereka untuk menarik perhatian lelaki.
Selain itu, terdapat banyak lagi tanda-tanda kecil kiamat seperti masa berlalu begitu pantas, zih na dan fitnah berleluasa dan munculnya gaya hidup mewah dalam kalangan umat Islam.
Maka, selepas berlaku semua tanda-tanda kecil kiamat itu, pada bila-bila masa muncul pula tanda-tanda besar kiamat.
Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat enam tanda besar kiamat dicatatkan.
Dalam satu riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kema tian) dan urusan umum (kiamat).”
Kata ulama, pada setiap pagi perkara paling mereka takut ialah apabila bangun melihat sama ada matahari terbit dari sebelah timur atau terbit dari sebelah barat.
Sebelum matahari terbit dari barat, seluruh bumi ini akan gelap. Kita boleh bayangkan, setiap pagi biasanya kita bangun tidur jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap melaksanakan solat Subuh serta persiapan ke tempat kerja.
Bagaimanapun, setibanya di pejabat jam 9 pagi, kita melihat keadaan itu tidak seperti biasa di mana keadaannya masih gelap.
Keadaan itu pastinya menyebabkan manusia berasa takut dan tertanya-tanya fenomena berkenaan. Disebabkan suasana itu amat pelik dan tidak pernah berlaku, pasti manusia mula panik dan keadaan menjadi kecoh.
Menurut pendakwah, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, terdapat riwayat menyatakan suasana gelap itu berlaku selama dua hari dan riwayat lain menyatakan akan bergelap selama tiga hari.
Katanya, seandainya gelap itu berlaku selama tiga hari, bermakna pada hari keempat matahari tidak lagi muncul dari sebelah timur, sebaliknya dari sebelah barat.
Ketika seluruh penduduk bumi menyaksikan tanda besar itu, mereka mula beriman kepada Allah. Bagaimanapun, Allah sudah menutup pintu taubat serapat-rapatnya.
Pada waktu itu, tidak berguna lagi taubat serta segala amal ibadat yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Bagi yang ditakdirkan masih hidup, mereka akan meneruskan kehidupan mengikut ajal masing-masing.
Seandainya sepanjang usia yang berbaki itu, seseorang bersungguh-sungguh melakukan ibadat, namun Allah tetap tidak akan menerima amalannya.
Manakala bagi orang beriman, mereka akan hidup dalam keadaan beriman sehingga akhir hayat.
Pada hari pertama matahari terbit dari barat itu mengambil masa selama setahun. Tempoh setahun itu seperti dinyatakan oleh Nabi SAW seperti hari-hari yang dilalui manusia.
Hari kedua juga panjang iaitu seperti sebulan. Berikutnya, hari ketiga panjangnya seperti seminggu manakala pada hari keempat baru ia kembali seperti biasa.
Ketika itu baru manusia menyedari betapa nikmatnya Allah kurniakan waktu malam. Pada hari ini, ramai manusia mengubah cara hidup mereka dengan tidur waktu siang, manakala malam mereka berjaga untuk melakukan perkara sia-sia.
Rasulullah menyatakan, apabila muncul tanda besar kiamat pertama, maka akan muncul tanda-tanda besar lain.
Tanda besar kiamat kedua, ketiga dan seterusnya muncul dengan cepat sekali. Ia ibarat mutiara di dalam satu ikatan di mana setiap satunya akan mengikuti yang lain.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda (kiamat) seperti mutiara yang tersusun pada seutas benang, jika benang itu dipotong maka sebahagiannya akan mengikuti sebahagian yang lain (jatuh).” (Riwayat Ahmad)
Tanda besar kiamat seterusnya, keluar binatang berkaki empat yang akan mendatangi setiap manusia.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.” (Surah an-Naml, ayat 82)
Binatang itu akan berjumpa dan bercakap dengan manusia menggunakan bahasa yang kita fahami. Ia turut membawa dua alat iaitu tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.
Begitu antara tanda-tanda kiamat besar yang kedatangannya cukup mengge runkan hati kita. Hanya iman saja yang dapat menyelamatkan kita daripada segala bentuk fitnah dan ujian berkenaan.
Sumber: hmetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply