“Buat pe lambat sgt kak. Orang lain pun nak ambil duit. Ingat akak sorang ke nak guna”. Terus aku rasa sebak bila akak tu cakap tak boleh keluarkan duit

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Buat pe lambat sgt kak. Orang lain pun nak ambil duit. Ingat akak sorang ke nak guna”. Terus aku rasa sebak bila akak tu cakap tak boleh keluarkan duit

Masyarakat Malaysia, hari demi hari hidup semakin selesa didalam arus kemodenan. Namun, didalam keselesaan yang kita nikmati ini masih ada juga sebahagian orang yang masih susah atau kesempitan hidup sama ada mereka hidup di bandar atau di kampung.

Seperti kisah yang telah dikongsikan oleh Tuan Khairul Hairodin ini, seorang wanita yang mempunyai dua orang anak buntu apabila tidak dapat menggeluarkan duit terakhirnya didalam bank.

Baki didalam akaun hanya tinggal RM40 sahaja tetapi tidak dapat dikeluarkan kerana tiada duit RM10 di atm itu. Tak sangka ini tindakan beliau. Ikuti kisah ini yang menyentuh hati ramai neti zen.

Balik rumah, tgk beras, minyak & sabun basuh suma dh kurang so start moto nak pegi Giant. Singgah petrol pam kat Bt Caves nak pegi ATM keluar duit. Aku masuk sekali dengan sorang akak tgh pimpin anak 2 org sama tuju pi mesin ATM

Masalahnya aku dok terconggok kat belakang dia ada laa 5-7minit jugak. Dlm hati dh mcm2 hamun keluar apa benda terhegeh hegeh nak pakai ATM ni. Last aku takleh tahan aku tanya

“Knapa lmbat sgt kak, org lain pun nak pakai ni….” aku ckp dgn suara tinggi laa gak sb bg aku dh tahap lembab sgt ni.

Akak tu jwp kat aku & aku terus rasa bersalah. “Sy nak keluar duit dik tapi mesin tak boleh keluar duit sepuluh. Ada duit lima puluh dgn seratus jer.

Akak dh pegi 3 atm dh tapi semua sama. Kalau akak pegi mesin CIMB sebelah ni nnt potong seringgit” (muka dia betul betul berkerut sedih masa ni)

Aduhhh… then aku tanya nak keluar berapa dia ckp RM40 sb tu jer yg tinggal & cukup untuk belanja anak sekolah mggu ni dgn belanja dia sementara tggu gaji hari Khamis. Wei, ni gerenti tuhan tu nak uji aku.

Smlm dia dh bagi aku untung jual mainan mcm Ya hudi ma buk then aku jumpa akak ni. Aku punya rasa bersalah masa tu tak tau nak ckp mcm mana sb sound dia & pikir dia ni lembab bagai suma kejap td.

Dlm dia dok kalut tu, aku mintak dia cancel transaction tu and bg aku pakai ATM. Aku mintak acc no dia. Mula mula dia refuse tapi last last bg gak sb aku ckp nak transfer seringgit jer suh dia pakai atm CIIMB kat sebelah tu.

So lps settle aku kat atm tu, aku ckp akak dh boleh pakai. Aku blah cepat2 pegi kat moto. Tgh aku start moto akak tu dtg kat aku sambil mata bergenang genang ckp terima kasih siap pegang tangan aku suma.

Aku jem jap ckp takpe pakai lah kak sy bg ikhlas tu then aku terus jalan. Aku takmo pikir dh mcm mcm. Aku sedekah laa sikit portion duit mainan smlm.

Bg aku, tuhan tu kalau dia nak bagi, dia terus bagi. Kalau dia taknak bagi or nak tarik balik dia terus tarik. Sampai laa ni aku menyesal sb marah marah (walaupun dlm hati) akak tu. Lain org, lain masalah. Apa yg kita boleh bantu kita bantu. Mana tau esok lusa time kita pulakkan.

Nota :- Sejujurnya ad min memang dapat memahami perasaan wanita itu. Sedih rasa bila masa dulu, sewaktu ad min masih belajar di universiti pernah merasa duit didalam atm tinggal RM20 sahaja. Pergi mesin atm dapat keluarkan RM10 rasa bersyukur sangat.

PTPTN tak ada lagi. Beli nasi, bahagi dua untuk makan tenghari dan petang. Bila terkenang waktu tu rasa sebak, dan sekarang Alhamdulillah, Allah bukakan banyak rezeki yang berbeza sangat daripada dulu.

Semoga kisah ini memberi manfaat dan iktibar kepada kita untuk saling membantu orang yang sedang didalam kesusahan. sumber tribune.

Foto sekadar hiasan

Sumber: myinfomaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*