Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Khabar duka, Mohamad Ridzuan meninggal dunia terbabas Ianggar hentian bas. SaIam takziah buat keluarga
TAIPING – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan melanggar tempat hentian bas di Kilometer 13.6 Jalan Kuala Sepetang-Taiping, di sini pada Ahad.
GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian sekitar jam 2.25 petang itu, Mohamad Ridzuan Mohamad Dzahir, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi mangsa bergesel dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.
Menurutnya, pergeselan dua kenderaan yang dalam perjalanan menghala ke Taiping itu mengakibatkan motosikal mangsa hilang kawalan.
“Keadaan itu menyebabkan motosikal terbabit terbabas ke tepi jalan dan melanggar hentian bas.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
“Alfatihah…ank sedara sy nie..dia ada ank kenbar bru umur 3 tahun seorg ppuan seorg laki2..” – Puan Zarina
Mengikut sumber m4ngsa banyak melakukan kerja sampingan dengan menjadi penghatar makanan salah satunya Kedai Nasi Kawen Royale, sebak apa yang ditulis Lena Flera yang mengatakan arwah Wan runner ” Part Time ” dikedainya setiap isnin hingga jumaat.
Arwah meninggalkan seorang balu dan sepasang anak kembar moga isteri arwah tabah dengan dugaan yang amat berat untuk dirinya ini kehilangan insan tersayang bergelar suami disaat sedang mencari rezeki. Al fatihah
“Siasatan kes diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber SH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply