Hasrat Ambil Ubat Datuk & Nenek Tak Kesampaian, 3 Beranak Maut Kemalangan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hasrat Ambil Ubat Datuk & Nenek Tak Kesampaian, 3 Beranak Maut Kemalangan

Hasrat seorang cucu membawa datuk dan neneknya bagi mengambil ubat di sebuah klinik bertukar tragedi apabila Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir Kampung Pinggir, Kluang pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, pemandu Izzah Shahirah Sahri, 22, datuk Md. Salleh Kosran, 75 serta neneknya, Miskina Naining, 70, meninggal dunia di tempat kejadian.

“”ujuh anggota Pasukan Keluar Operasi (PKO) bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mendapati benar berlaku kemal4ngan…

“…melibatkan Perodua Alza dan lori pasir tanpa muatan,” kata Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor.

Menerusi tinjauan di laman Facebook, abang Izzah Shahirah iaitu Muhamad Rahmat memaklumkan mengenai berita duka itu selain memohon orang ramai agar sedekahkan al-Fatihah buat tiga beranak berkenaan.

“Mintak jasa kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah buat adik saya Izzah Syahirah, datuk Md Saleh Kosran & nenek Miskinah Naiming telah pergi mengadap Ilahi pagi tadi, kemalangan di Simpang Renggam,” tulisnya.

Beberapa ahli keluarga serta kenalan Izzah Shahirah turut memuat naik posting mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Innalillahiwainnailaihirojiun

Salam takziah buat keluarga sepupu saya

Luruh jantung bila dapat tahu…

Difahamkan, pemandu lori yang berusia 52 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima kehilangan ketiga-tiga insan tersayang.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Nabilah Rahmat) , Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*