Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sos Pencicah Thai, Sangat Mudah Dan Senang Rupanya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sos Pencicah Thai, Sangat Mudah Dan Senang Rupanya

Siapa yang minat makan pedas-pedas mesti kalau tiada sos selera makan tu boleh berkurangan jugalah kan? Sos cili pencicah thai memang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana rasa Asia nya sesuai dengan tahap kepedasan bagi mereka yang suka mencicah makanan. Malahan kanak-kanak pun ramai sukakan sos jenis ini untuk cicah cucur ketika minum petang.

Tidak telalu pedas tapi cukup buat tekak perit kalau tersedak! Itulah maklum balas dari peminat sos cili pencicah thai ni. Namun kadang kala kita juga perlu risau dengan kebersihan dan juga status halal sesuatu produk tersebut nak pula jika ianya di hidangkan kepada ahli keluarga dan di import dari negara jiran.

Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos pencicah thai ni tapi ada resepi yang menjadi ada yang hambar. Bila dah hambar ni ramai yang mudah berputus asa dan beli sahaja ready made sos pencicah thai ni lebih mudahkan. Disini kami kongsikan resepi yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala-ala sama macam ready made!

Nak buat sos pun mesti ada ‘bakat’ tetapi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin ini pasti anda rasa puas hati! Untung-untung boleh buat bisnes sebab senang dan rasanya sedap luar biasa! Sesuai dimakan dengan cucur, kerepok keping atau lekor pada waktu petang-petang ni. Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan

Bahan-bahan:

  • 3 Ulas bawang putih dikopek kulit
  • 2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/2 sudu besar (tbsp) garam
  • 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisasran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukkan cairab tepug jadung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: petuaibu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*