Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
5 Sebab Kenapa Suami Perlu Lebih Rajin Ambil Gambar Isteri. Nampak Macam Remeh, Tapi
Perasan tak, kalau ada apa-apa perayaan atau event, si isterilah yang sibuk dengan kamera. Sekejap bergambar dengan orang itu, sekejap bergambar di tempat ini, banyak juga gambar yang diambil dari jauh.
Bila dibelek-belek semula dalam album atau handphone, cuma ada sekeping dua saja gambar isteri. Itupun kebanyakannya gambar selfie si isteri sendiri atau gambar yang di’paksa’ ambil. Tak ada pun gambar-gambar candid si isteri si suami saja-saja nak ambil walaupun si suami hampir 24 jam pegang handphone.
Wahai suami, bukannya susah pun nak ambil gambar isteri dan ada banyak sebab kenapa seorang suami wajar berbuat demikian.
5 SEBAB SUAMI PERLU LEBIH RAJIN AMBIL GAMBAR ISTERI
1. ISTERI SELALU TAK MENANG TANGAN
Menjadi isteri dan pengurus rumah tangga sememangnya membuatkan mereka selalu tak menang tangan. Dialah yang sibuk memasak dari tadi, melayan tetamu, dan settlekan semua kerja rumah. Nak uruskan anak 2-3 orang pun tangannya dah macam sotong, apatah lagi nak bergambar dan berposing.
Bila nak bergambar, handphone mereka pula tak tahu dah ke mana, kejap anak pakai main game, tengok video, asyik tertinggal pula di sini sana. Kasihan si isteri. Jadi, bila-bila anda dapat peluang snap gambar isteri, buatlah.
2. ISTERI ANDA NAK BERADA DALAM GAMBAR
Sesekali isteri anda pun nak berada dalam gambar. Bukan selalu ada gambar isteri melayan anak bermain di taman, gambar ketika isteri memasak, gambar ketika seronok berbual dengan keluarga, berceloteh dengan kawan rapat yang jarang berjumpa dan sebagainya. Ambil saja gambar mereka secara candid sebab inilah moment yang bermakna buat mereka.
Tak perlu tunggu isteri melaram atau kelihatan tip-top. Cukuplah sekadar mereka berpakaian sopan dan menutup aurat. Yang penting adalah kenangan yang dirakam pada waktu itu yang mungkin tak akan berulang lagi.
3. IA BAKAL MENJADI TATAPAN ANAK-ANAK
Anak-anak membesar dengan begitu pantas, dan gambar inilah yang bakal menjadi tatapan mereka suatu hari nanti. Bayangkan perasaan si anak ketika melihat gambar mereka yang sedang disisir rambutnya, dilap peluhnya, didakap dan ditenangkan ketika menangis oleh ibunya.
Semua gambar ini tentunya akan membuat mereka semakin sayang serta lebih mengingati pengorbanan ibunya. Ia juga membuatkan mereka sedar bahawa ibu sentiasa berada dengan mereka setiap masa – bukan hanya ketika hari penyampaian hadiah, hari sukan, atau hari jadi mereka, atau hari-hari istimewa saja!
4. IA MENGINGATKAN ANDA TENTANG PENGORBANAN ISTERI
Perasankah anda, dengan mengambil gambar anda secara tidak langsung menjadi seorang pemerhati. Anda akan lebih memahami body language isteri dan meneliti ekspresi wajahnya yang sering letih.
Jika sebelum ini anda sebagai suami mungkin tak faham kenapalah lambat sangat isteri nak bersiap, tapi selepas benar-benar memerhati tentu anda tahu yang si isteri cuma punya masa 5 minit untuk dirinya. Yang jadi sejam tu bila mereka nak kena kemas dapur dulu, nak memandikan anak, menyusukan mereka, mengemas barang keperluan si kecil dan macam-macam lagi.
Dengan melihat kembali gambar-gambar isteri, sudah tentu suami akan menjadi lebih prihatin terhadap susah-payah isteri dalam menguruskan rumah tangga serta anak-anak.
5. IA MENGUATKAN RASA CINTA PADA ISTERI
Tenunglah wajah isteri anda ketika merakam gambarnya, atau ketika membelek semula gambar di dalam gallery handphone anda. Semua memori ini tak semestinya dikongsikan satu dunia. Tapi hanya anda yang dapat merasakan nilai emosinya.
Tak rugi apa-apa pun, bahkan tindakan seperti ini tak mustahil dapat membuatkan isteri anda berasa lebih dihargai. Secara tak langsung, ia juga menguatkan rasa cinta anda berdua, macam masa zaman baru-baru berkenalan dulu.
Lagipun, apalah sangat seminit dua merakam gambar isteri, kan?
SUATU HARI NANTI HANYA MEMORI YANG TINGGAL
Jadi, lepas ini suami tak perlulah tunggu isteri posing baru nak ambil gambar. Ambillah gambar mereka tanpa disuruh, tanpa menunggu isyarat, tanpa senyuman yang dibuat-buat. Semua gambar ini akan menjadi sangat berharga bagi anda, terutamanya anak-anak anda satu hari nanti.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply