Selepas Bangun Tidur, Lakukan Amalan Ini Agar REZEKI MASUK Mencurah-curah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Selepas Bangun Tidur, Lakukan Amalan Ini Agar REZEKI MASUK Mencurah-curah

Betul lah orang kata rezeki itu datang dengan pelbagai cara. Rezeki tidak akan salah alamat. Semua telah diaturkan olehnya dengan baik. Yang penting, Kita perlu usaha dan kerja keras, tidak putus asa dan sentiasa berdoa, pasti akan ada habuannya. Walaupun begitu, Bagaimana cara yang paling terbaik untuk menjemput rezeki yang kini dirisaukan pada masa begini.

Di sini ada beberapa amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun yang boleh dipraktikkan sebagai usaha memperolehi rezeki dan seterusnya dilapangkan kehidupan.

BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI?

Dalam kehidupan, perihal rezeki sering menjadi kerisauan terbesar antara kita.

Firman Allah SWT :

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

(Surah al-Baqarah : 155)

Seringkali kita beranggapan rezeki hanya datang dalam bentuk harta dan wang ringgit semata-mata. Walhal, rezeki datang dalam pelbagai bentuk.

Antara bentuk rezeki yang lain adalah tubuh badan yang sihat, masa yang lapang, jiwa yang tenang, mempunyai pasangan hidup yang baik dan bertanggungjawab, anak-anak yang soleh dan solehah serta mempunyai sahabat yang baik.

Dalam kita mencari dan mengejar rezeki, mari kita jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan utama untuk mendapatkannya.

6 AMALAN MURAH REZEKI MENURUT AL-QURAN DAN HADIS

1. SENTIASA MEMOHON AMPUN DARIPADA ALLAH SWT

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا

Maksudnya : Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,

يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya : Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,

وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا

Maksudnya : “Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.

(Surah Nuh : 10-12)

2. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

Hadis Nabi Muhammad SAW:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Maksudnya : “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang, bahkan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim, hadis sahih)

3. SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT PEMBERIAN ALLAH SWT

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Maksudnya : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

(Surah Ibrahim : 7)

4. SENTIASA MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN

Sabda Nabi SAW :

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَة مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya : “Barangsiapa yang menghilangkan kesedihan dari kesedihan (masalah) dunia seorang mukmin, maka Allah akan menghapuskan darinya kesedihan dari kesedihan di hari Kiamat.”

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ

Maksudnya : “Barangsiapa yang meringankan keperluan orang yang memerlukan (berhutang), maka Allah akan meringankan keperluannya di dunia dan akhirat.”

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهَ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ

Maksudnya : “Barangsiapa yang melindungi (menyembunyikan aib) seorang Muslim, maka Allah akan melindungi (aibnya) di dunia dan akhirat.”

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ

“Allah akan membantu hambaNya selagimana hamba-Nya membantu saudaranya.”

(HR Muslim, hadis sahih)

5. MENGERATKAN SILATURRAHIM

Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia bersilaturahim.”

(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

6.DOA MEMOHON REZEKI YANG BAIK

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

(HR Ibn Majah)

Semoga perkongsian ilmu dari ustazah dapat memberi kita manfaat dunia akhirat. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Sumber: Ustazah Asma Harun / Keluarga

via : majalahilmu.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*