Cara Solat Dhuha yang mudah berserta doa, sunat anda amalkan selepas 20 minit terbit matahari

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Solat Dhuha yang mudah berserta doa, sunat anda amalkan selepas 20 minit terbit matahari

Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa, Sunat Anda Amalkan Selepas 20 Minit Terbit Matahari | Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

1. Lafaz Niat Solat Dhuha:

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.

Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

2. Doa selesai solat Dhuha:

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

DOA SOLAT DHUHA

Sebagai alternatif, untuk doa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, tonton video di YouTube ini dari UNIC.

Ya Allah

Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu

Kecantikannya Kecantikan-Mu

Keindahannya Keindahan-Mu

Kekuatannya Kekuatan-Mu

Kekuasaannya Kekuasaan-Mu

Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi, keluarkanlah

Jika sukar, per-Mudahkanlah

Jika haram, sucikanlah

Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha

Kecantikan-Mu, keindahan-Mu

Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala

Yang Engkau telah limpahkan

Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*