“Bakal Jutawan Sekelip Mata,”- Wanita Tak Sangka Terjumpa Mvntah Ikan Paus

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Bakal Jutawan Sekelip Mata,”- Wanita Tak Sangka Terjumpa Mvntah Ikan Paus

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk situasi yang berlaku di Kemaman ini apabila seorang wanita bakal bergelar jutawan apabila menemui ‘mvntah’ ikan paus yang bernilai kira-kira jutaan ringgit.

Beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai mvntah ikan paus.

Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pvkul11 malam, akhir bulan lalu.

Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia s4mpah.

“Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan harinya.

“Rupa-rupanya ia bukan s4mpah tetapi ketulan batu besar berwarna putih lalu menarik minat saya untuk mengambilnya untuk dibawa pulang,” ujarnya ketika ditemui di kedai makannya di Kemasik di sini hari ini.

Aida Zurina berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ayahnya ketulan batu seberat kira-kira lima kilogram yang dibawa pulang ke rumah itu sebenarnya mvntah ikan paus.

Video:

Jelasnya, ayahnya yang berpengalaman sebagai nelayan mengesyaki objek itu amat berharga sebelum memb4kar sedikit objek tersebut bagi membuktikan d4kwaannya.

“Memang benar ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang sangat harum apabila dib4kar,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan nelayan di Yemen menjadi jutawan sekelip mata selepas mereka terjumpa b4ngkai seekor paus sp3rma semasa keluar menangkap ikan di tengah laut, baru-baru ini.

Mereka membelah pervt b4ngkai paus tersebut dan menemui ambergris atau mvntah paus seberat 127 kilogram. Bahan yang ditemui dalam pervt paus itu amat berharga dan digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.

Kumpulan nelayan itu menjual mvntah paus tersebut kepada seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu pada harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) sekali gus jumlah yang amat besar kepada penduduk Yemen.

Batu itu terhasil apabila ikan paus memakan sejumlah besar sefalopod seperti sotong dan terhasil disebabkan tidak dicerna sepenuhnya. Bahagian itu bergerak ke usvs ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun.

Bau yang menjadi kegil4an dalam industri minyak wangi

Ikan paus itu kemudian memvntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut. Baunya ketika basah sangat busvk tetapi selepas mengering ia mengeluarkan aroma manis dan tahan lama, menjadikannya ramuan paling dicari dalam industri minyak wangi.

Komen netizen:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sumber: Kosmo, riverbed

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*