Dentuman Kuat Kedengaran, Lubang Raksasa Muncul Dan Seakan Hidup Apabila Makin Membesar Menelan Daratan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dentuman Kuat Kedengaran, Lubang Raksasa Muncul Dan Seakan Hidup Apabila Makin Membesar Menelan Daratan

Penduduk luar bandar Mexico digemparkan dengan kemunculan satu lubang raksasa ‘sinkhole’ secara tiba-tiba. Apa yang lagi mengejutkan ialah lubang raksasa itu seolah-olah hidup kerana semakin membesar dan menelan daratan.Dentuman Kuat Kedengaran, Lubang Raksasa Tiba-tiba Muncul Seakan Hidup Dan Makin Membesar Menelan Daratan – sajagempak.com

Kejadian yang berlaku pada 29 Mei 2021 di Santa Maria Zacatepec, Puebla, keluarga Sanchez pada mulanya mendengar satu bunyi dentuman yang kuat yang disangka mereka bunyi petir yang disebabkan sambaran kilat.

Namun mereka segera mengetahui terdapat kejadian tahan runtuh yang menghasilkan lubang berlaku berhampiran dengan rumah mereka.

Pada mulanya lubang itu hanya sebesar 5 meter namun kemudian membesar sehingga 30 meter pada keesokan harinya dan kemudiannya menjadi 80 meter besar!

Lubang yang semakin membesar itu mempunyai kedalaman kira-kira 20 meter dan sudah menghampiri kediaman keluarga Sanchez dan jika terus membesar maka rumah mereka juga akan ‘ditelan’ oleh lubang raksasa tersebut.

Heriberto Sanchez, yang berasal dari negara tenggara bahagian Veracruz menyuarakan kebimbangannya akan kehilangan tempat tinggal kerana mereka bukan orang asal di situ dan tidak mempunyai saudara-mara.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian lubang raksasa tersebut dan mencari cara penyelesaian untuk menyelamatkan dan melindungi penduduk tempatan pada masa yang sama. Setakat ini, tiada sesiapa yang cedera akibat insiden berkenaan.

Menurut Gabenor Santa Maria Zacatepec, para penduduk yang tinggal berhampiran dengan lubang raksasa tersebut telahpun dipindahkan dan orang ramai dilarang mendekati lubang tersebut kerana takut terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Fenomena sinkhole kebiasaaannya berlaku secara semulajadi namun turut dipengaruhi oleh akitiviti manusia dan ianya terbentuk berpunca daripada tanah mendap dan turut dipengaruhi perubahan aliran dan kandungan air semula jadi, paip bawah tanah yang pecah dan sebagainya.

Kereta Myvi terbenam dalam lubang sinkhole di Kuala Lumpur pada tahun 2019

Jika anda masih ingat, pada tahun 2019 dulu pernah tular kes kereta Myvi dipandu seorang wanita terbenam masuk ke lubang sinkhole selebar 3 meter di Jalan Maharajalela, KL yang muncul secara tiba-tiba. Nasib baik, tiada sesiapa pun yang cedera akibat insiden tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*