Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tergerak Hati Untuk Lalu Di Lorong Belakang Kedai, Rupanya Allah Mahu Temukan Saya Dengan Insan Ini
Rezeki melalui lorong-lorong belakang kedai, Allah temukan pemuda ini dengan sosok lelaki yang sedang gigih menolak kereta sorongnya yang penuh dengan ‘hasil rezeki’ hari ini.
Rutin lelaki ini, selepas solat subuh, dia akan terus menyorong kereta sorongnya keluar mencari rezeki dengan mengutip tin-tin dan botol di sekitar bandar Tawau. Itulah ‘hasil rezekinya’ yang akan dijual semua.
Semua ini dilakukan untuk menafkahi 2 orang anaknya yang masih kecil. Setelah diselidiki, rupanya isterinya telah lama meninggal dunia. Alfatihah..
Maka, si ayah inilah yang mengambil tugas untuk menjadi seorang ibu sekaligus ayah hingga ke hari ini.
Sebenarnya, si ayah menyimpan impian untuk membeli mesih pemotong rumput agar boleh menambah pendapatan hariannya. Selain itu, si ayah juga selalu berhajat untuk habiskan bayaran hutang kereta sorongnya yang dibeli secara ansuran di Kedai Pakistan. Daripada pendapatan hariannya itulah yang akan diambil sebahagiannya untuk membayar ansuran kereta sorong.
Allah Maha Pemberi rezeki…
Rezeki Allah telah menemukan si ayah dengan pemuda berhati mulia ini. Jika para pembaca selalu membaca artikel yang kami terbitkan, kalian semua pasti sudah biasa dengan insan mulia bernama Ust.Hasbi, Vitaminbae.
Dengan bantuan ramai tangan-tangan ghaib, beliau telah tampil untuk bantu lunaskan semua hutang kereta sorong abang ni, juga berkongsi dana untuk membeli mesin rumput yang dihajatinya. Tak putus-putus abang ni menangis kegembiraan..Terketar-ketar tangannya mahu menerima duit yang diberikan..Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
Perkongsian Vitaminbae:
LorongPara pembaca di sekitar Tawau yang perlukan khidmat Abg Samad untuk kerja-kerja sampingan, potong pokok, membersih kawasan rumah boleh terus hubungi abang Samad. Insha Allah, puas hati dengan ‘service’nya.
Kami sertakan sekali lagi nombor telefonnya di sini : (016-940 1937 – Abang Samad)
Sumber : Vitaminbae
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply