Sayu Hati Apabila Terjumpa Bekas Pelajar Struggle Dalam Mencari Sumber Pendapatan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sayu Hati Apabila Terjumpa Bekas Pelajar Struggle Dalam Mencari Sumber Pendapatan

Menitis air mata pensyarah saat terserempak bekas pelajar, bergelut mencari rezeki. Tular perkongsian seorang pensyarah meluahkan rasa sayu apabila terserempak dengan bekas pelajarnya yang gigih mencari sumber rezeki pendapatan. Perkongsian pensyarah wanita yang dikenali sebagai Dr. Syazwani Drani itu menjadi tumpuan netizen yang rata-rata tersentuh dengan perkongsian tersebut.

Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..

Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini berg4dai ny4wa yang semestinya ketika hujan pelbagai ris!ko ada.

Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la m4rah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dim4ki.. Kalau nak cepat.. tahu nak m4ki dan m4rah ja sebab lewat.

Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban.

Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir.. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.. 😭. Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang mus!bah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sumber: gemilangdaily.com Via trending101news.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*