Subhanallah, Allahuakbar…Meningg4l Di Sujud Terakhir Solat Pertama Selepas Memeluk Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Subhanallah, Allahuakbar…Meningg4l Di Sujud Terakhir Solat Pertama Selepas Memeluk Islam

Kisah seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya pada suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang. Pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang g3ngster itu basah dengan peluh di badannya.

Lelaki itu lalu berkata, “tunjukkan aku cara untuk ku memeluk Islam?” Lalu si imam bertanya,”siapakah kamu?” Lalu dijawabnya, “aku Carlos”. “Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang Muslim?” Lalu si imam pun mengislamkan Carlos. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut.

Lalu bertanya si imam, “apakah yang membuat mu ingin memeluk Islam?” Jawab Carlos, “aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran di dalam hidup ku yang kosong”.

“Suatu hari aku bermimpi cahaya datang kepada ku dan aku mendengar suara berkata, “Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah Islam. Lalu aku terjaga. Aku anggap ianya hanya mimpi”. Keesokannya aku bermimpi yang sama. Pada kali ini, cahayanya lebih terang dan suara itu lebih kuat sehingga aku tersentak lalu terjaga dari tidur”.

Oleh itu, hari ini aku mencari di manakah tempat untuk aku menjadi seorang muslim?” Kemudian Carlos berkata lagi, “apakah yang perlu aku lakukan seterusnya?” Imam itu pun berkata, “pergilah bersihkan badan mu terlebih dahulu”. Lalu Carlos membuka bajunya untuk membersihkan badannya. Si imam dapat melihat penuh tatu salib pada badan Carlos.

Sejurus selepas itu, azan berkumandang. Si imam bersiap sedia untuk menunaikan solat. Lalu bertanya Carlos, “apakah yang kamu sedang lakukan?” Si imam menjawab, “aku hendak solat, kamu duduk sahaja di hujung sana”. Carlos pun berkata, “aku ingin solat, tetapi aku tidak tahu solat” (mulianya Carlos walau tidak tahu langsung tentang solat, dia tetap hendak solat).

Imam itu pun menjawab, “kalau begitu, kamu berdiri di belakang ku dan ikut sahaja pergerakan ku”. Carlos pun mengikuti solat imam tersebut sehinggalah selesai solat. Imam itu dapat merasakan solat Carlos begitu tertib sekali. Setelah beberapa lama, imam merasakan Carlos telah terlalu lama bersujud. Dengan perlahan, dia berbisik kepada Carlos, “Carlos, solat sudah pun selesai”.

Namun Carlos masih bersujud. Imam berbisik untuk kali kedua, “Carlos, solat sudah pun selesai”. Namun tiada respon daripada Carlos. Dengan perlahan, imam itu menyentuh Carlos dan tiba-tiba dia jatuh terbaring. Tersentak imam itu mendapati yang Carlos tidak lagi bernyawa. Allah telah pun menjemput Carlos sejurus dia memeluk Islam, dikala dia mendirikan solat pertama, di dalam sujudnya yang terakhir…

Ya Allah…betapa hidayah Mu di mana-mana. Jadikanlah pengakhiran yang baik juga untuk ku (husnul khatimah). Subhanallah, Allahuakbar…untuk renungan kita bersama.

Sumber:mustaqummah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*