Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(VIDEO) Tular Kanak-Kanak Bercerita Mengenai Kejayaannya Di Pusara Arw4h Bapanya “Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah piala”
Kem4tian insan tersayang bukan sesuatu perkara mudah untuk diterima sesiapa sahaja terutama kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang sempurna daripada ibu bapa mereka. Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Aisyah menziarahi kvbur arw4h bapanya dan bercerita mengenai kejayaannya di sekolah.
Video tersebut dikongsikan oleh ibunya sendiri di laman TikTok sehingga membuatkan ramai yang tersentuh dan seb4k melihat situasi kanak-kanak berkenaan. Namun, apa yang menyayat hati adalah perbualan yang disampaikan oleh Aisyah kepada arw4h bapanya sambil memeluk beberapa piala hasil daripada kejayaannya.
“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah piala, beg, pensel. Papa doakan Aisyah jadi pandai, bijak, jadi anak yang solehah,” luahnya.
Jelas Aisyah, dia amat merindui arw4hnya bapanya itu dan sentiasa menyanyanginya walaupun sudah tiada disisi.
“Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa,” katanya.
Kemudian, kanak-kanak tersebut duduk serta menyusun piala-piala yang diterimanya di tepi kubur arw4h. Sementara itu, dalam video lain yang dikongsikan ibunya, Aisyah dilihat sedang membacakan doa buat arw4h bapanya serta sentiasa mengalunkan bacaan zikir sepanjang perjalanan ke kvbur.
“Dia memang setiap kali nak ke kvbur arw4h akan berzikir dan katanya untuk setiap langkahnya biar papa dapat pahala,” kongsi ibunya. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersed!h dan rata-ratanya mendoakan agar kanak-kanak tersebut dapat membesar dengan baik.
“Pak cik doakan awak menjadi anak yang solehah dan yang akan memberi banyak pahala untuk arwah papa awak,” ujar seorang pengguna.
“Aisyah sayang, tahniah Aisyah berjaya dan jadi anak yang solehah untuk mama Aisyah yang kuat, untuk arwah papa, mak cik doakan Aisyah berjaya dunia dan akhirat,” ujar Nur Erynda Datar.
“Tak boleh tahan air mata, Allahuakbar sed1hnya, semoga adik berjaya dunia akhirat, jadi anak yang baik,” luah Cik Awan Biru.
Sumber: – KOSMO! ONLINE via https://viraldailytimes.com
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply