Walau Mata Tak Nampak! Pasangan 0KU Tetap Raih RM12,000 Seminggu Jual Sambal Hitam – “Mula berniaga cuma terjual satu, dua pek”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Walau Mata Tak Nampak! Pasangan 0KU Tetap Raih RM12,000 Seminggu Jual Sambal Hitam – “Mula berniaga cuma terjual satu, dua pek”

NASIB tidak menyebelahi sebahagian rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik C0v1d-19, terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Bagi satu pasangan orang kelainan upaya (0KU) penglihatan, impaknya telah dirasai lebih awal, kira-kira dua bulan lalu apabila restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup.

Berat mata memandang, berat lagi bahu! Itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan nasib Mohamad Yusri Azis dan isteri yang hilang sumber pendapatan tetap, hingga kisah mereka menjadi tular. Yusri, 28, berkata, dia dan isteri, Nur Jannah Tan Jia Hui, 29, yang baru dikahwininya pada bulan lalu, bekerja di sebuah restoran berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor, sejak akhir 2019.

“Terkejut juga bila restoran tu terpaksa ditutup, memang sedih. Tapi kami akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang,” katanya kepada mStar.

Produk sambal hitam dijual Yusri dan isteri

Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sosio-Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan seorang rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.

Yusri yang berasal dari George Town, Pulau Pinang bagaimanapun bersyukur minat mereka dalam perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes ‘top up’ dan menjadi ‘dropship’ pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.

“Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan ‘kedai dalam talian’ menerusi platform e-dagang, sejak 1 Jun lalu. Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutama golongan 0KU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” ujarnya.

Menjual produk sambal hitam menerusi platform e-dagang popular, pasangan itu tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan di peringkat permulaan.

Sambutan jualan produk di luar jangkaan

Menurut Yusri, dia bagaimanapun tidak menyangka posting yang dibuatnya di laman Facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian dari pelbagai platform. “Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, order boleh cecah 100 pek sehari!

“Dalam tempoh seminggu, jualan sambal hitam cecah 1,000 pek dengan jualan kira-kira RM12,000. Syukur Alhamdulillah, memang kami tak sangka apatah lagi sekarang tengah PKP,” katanya dengan nada teruja.

Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya kita mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu?
Selain sambal hitam, katanya, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan, termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.

“Alhamdulillah, satu berita baik buat kami yang sebelum ini terkesan dengan penutupan restoran tempat kami bekerja. Memang terkejut kerana kami baru berniaga secara tetap. Kami masih dalam proses belajar bisnes, dan mengalu-alukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama kami,” tambahnya.

Yusri (kanan) dan isteri berminat dalam bisnes sejak di universiti

Dalam pada itu, Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya benar-benar berminat. “Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu? Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan. “Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes, boleh saja melakukannya secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya.

Sumber: https://news212media.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*