Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
lsteri Terh4ru Su4mi Sel4mba Cuci Lvka Bers4lin, Hingvs An4k Dia Sedvt Mcm M4kan Sipvt Sedvt
PETALING JAYA: Jarang kita dengar golongan suami yang sanggup menjaga isteri semasa dalam pantang.
Kebiasaannya isteri akan ‘dipos’ ke kampung, paling tidak pun ibu sendiri mahupun ibu mertua dibawa khas dari kampung untuk menjaga isteri dan anak yang baharu lahir.
Alasannya kerana suami tak pandai, maklumlah pertama kali bergelar bapa.
Namun berbeza pula dengan Nur Hamizah Rahman, 22, yang baharu sahaja melahirkan anak sulungnya pada 9 Oktober lalu, yang boleh dianggap bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang lain daripada yang lain.
Posting Miza menjadi tular di Twitter.
Suaminya, Amir Ridhwan Rahman, 26, yang baharu pertama kali melalui pengalaman menjaga isteri berpantang sanggup bersengkang mata bagi memastikan isteri dan anak sulungnya selesa.
Nur Hamizah atau lebih mesra disapa Miza ketika dihubungi mStar Online mengakui amat terkejut dengan kegigihan suaminya itu.
“Serius saya amat terkejut sebab suami memang tak ada pengalaman langsung memandangkan ini anak pertama kami.
“Tak sangka dia sanggup buat semua selepas saya keluar dari hospital walaupun saya dijaga oleh ibu saya sepanjang dalam pantang.
“Tapi saya tak pelik sebab suami saya suka belajar dengan orang yang berpengalaman. Dia suka bertanya dengan orang tua tentang ilmu nak jaga sesuatu hubungan sejak sebelum kami kahwin lagi,” katanya.
Menurut wanita yang berasal dari Bangi, Selangor ini, dia turut tersentuh dengan kesungguhan suaminya memastikan dia dan anak mereka berdua selesa.
“Ada suatu hari tu saya terbangun kira-kira pukul 3 pagi sebab anak kami menangis tapi suami suruh saya berehat dan beritahu biar dia pula yang jaga anak kami.
“Anak kami mula-mula tu memang susah nak tidur malam. Akhirnya suami saya pun tak tidur sampai ke subuh. Dia mandi-mandi lepas tu terus pergi kerja.
“Setiap malam pula sebelum saya tidur dia akan pastikan urut saya dulu, pakaikan stokin dan selimutkan saya serta pastikan anak kami selesa. Lepas itu barulah dia akan tidur,” katanya.
Suami Miza tidak kekok menjaga anak sulung mereka.
Jelas Miza dia juga tidak menyangka suaminya itu tidak kekok mencuci lukanya selepas bersalin.
“Sebenarnya saya bersalin dengan koyakan tahap tiga. Luka itu agak teruk tapi tak sangka dia berani nak cuci (lvka) tiap-tiap hari.
“Ibu saya sendiri pun tak berani nak tengok luka tu tapi berbeza dengan suami saya. Dia bersemangat kental,” katanya.
Malah, Miza berkata suaminya itu turut menyedut keluar hingus anak mereka yang diserang selesema baru-baru ini.
“Anak saya selesema dan susah nak bernafas sebab hingus. Kebetulan saya tak beli lagi pembersih hidung waktu itu.
“Saya terkejut apabila suami cepat-cepat bangun berus gigi dan dia sedut hingus anak kami macam kita biasa sedut siput sedut tu.
“Sesetengah orang akan rasa geli tapi dia tak. Saya tak boleh bayangkan macam mana suami saya sanggup nak buat macam tu,” katanya.
Kegigihan suaminya membuatkan Miza berkongsi pengalaman indah tersebut bersama pengikutnya di media sosial.
Posting yang dimuatnaik Miza berserta beberapa keping gambar suaminya menjaga bayi sulung mereka tanpa rasa kekok di Twitter diulang kicau lebih 9,000 kali dan menerima lebih 8,000 tanda suka.
Miza bersama suaminya dan anak mereka.
Miza berkata dia memuat naik posting tersebut bukan mahu menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaannya tapi kerana mahu menghargai usaha keras suaminya sepanjang 44 hari yang lalu.
Malah, Miza juga berharap agar kisah tersebut dapat dijadikan inspirasi kepada golongan lelaki di luar sana supaya membantu isteri semasa dalam pantang.
“Saya sekadar ingin berkongsi kegigihan suami saya dan tak sangka posting tersebut akan jadi viral sebab saya memang suka ambil gambar apa yang suami saya buat.
“Jarang kita dengar suami sanggup buat macam tu. Jadi saya berpendapat semua lelaki perlu melalui pengalaman sebegini supaya dapat merasai suka duka bersama isteri semasa dalam pantang,” katanya.
Sumber:KotakNews
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply