Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Anak-Anak Harimau Diabaikan Ibunya Sejak Lahir, Untungnya Seekor Ibu Anjing Sudi Menjadi Ibu Angkat Yang Penyayang
Tiada siapa yang boleh menafikan betapa hebatnya kasih seorang ibu. Mereka bukan sahaja mempunyai kasih sayang yang tinggi tetapi mereka juga sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Namun begitu, tidak semua yang bertuah memiliki ibu yang penyayang.
Contohya kelima-lima ekor anak harimau ini yang dikatakan tidak dipedulikan oleh ibu mereka sejak dilahirkan. Walaupun dilahirkan dalam keadaan baik dan comel tetapi ibu mereka nampaknya tidak menyukai mereka. Anak-anak kecil perlukan perhatian dan nutrien yang baik.
Biasanya si ibu yang akan menyediakan semua itu tetapi tidak bagi anak-anak harimau ini. Jadi, penjaga zoo akhirnya memutuskan untuk membawa seekor ibu anjing menggantikan tempat ibu anak-anak harimau itu.
Pada mulanya semuanya bim.bang bagaimana pemerimaan mereka terhadap ‘ibu baru’ mereka dan bagaimana pula reaksi ibu anjing terhadap anak-anak harimau itu. Namun, semuanya berjalan baik walau pada mulanya mereka kelihatan seperti takut-takut.
Ibu anjing mula menjadi ibu mereka dengan memberikan makanan dan menjaga anak-anak harimau yang masih kecil itu. Dia juga seolah-olah mula berasa tanggungjawab terhadap anak-anak angkatnya. Apa yang paling mengharukan anak-anak harimau comel itu mula mengangap ibu anjing adalah ibu mereka sendiri.
Mereka mula rapat dan percaya dengan ibu anjing yang sangat penyayang. Anak-anak harimau itu mungkin tidak bertuah kerana tidak mendapatkan ibu kandung yang menyayangi mereka namun mereka tetap bernasib baik apabila ada ibu angkat yang sangat sayangkan mereka.
Sumber: erabaru.com
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply