Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(video) Ketulan2 Darah Keluar Di Malam Pertama, Suami Redha Isteri ‘Pergi’ Angkara Sihir
Siapa sangka mahligai bahagia yang baru 15 hari dibina berakhir dengan pemergian insan tersayang angkara perbuatan sihir daripada individu yang dengki dengan kehidupan orang lain.
Hal tersebut dikongsikan oleh seorang pemuda yang kehilangan isteri tersayang tanpa sempat merasai manisnya rasa pengantin baru.
Dalam temu bual bersama Mstar, Syed Syamin telah berkongsi kejadian yang menimpa allahyarham isterinya, Zullini Akmal Alias sehingga dia terlantar tidak berdaya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Ada ketulan darah keluar ketika malam pertama
Menurutnya, Zullini memang sudah hampir 6 tahun menderita sakit diganggu sihir, namun kemuncaknya apabila mereka yang baru bergelar pasangan suami isteri mahu ‘bersama’ sesudah berkahwin.
Ketika itu, keluar ketulan-ketulan darah pada kemaluan isterinya sehingga wanita berkenaan lemah dan mengadu sakit.
Bedah siasat dapati perut rosak teruk
Hari demi hari, kesihatannya makin merosot sehingga dia mengalami muntah darah berulang kali dan selera makan tiada. Allahyarham hanya terbaring lesu dan memerlukan bantuan untuk kemana-mana.
Selepas tidak dapat menahan sakit, akhirnya wanita itu meninggal dunia dan diringkaskan cerita bedah siasat mendapati bahagian perut allahyarham mengalami kerosakan yang agak teruk.
Dalam pada itu, Syed Syamin juga ada berkongsi perbualannya dengan isteri ketika wanita itu terlantar sakit. Menurutnya, allahyarham memaklumkan hanya mahu Syed Syamin (suaminya) sahaja dalam hidup. Mereka juga belum sempat untuk kemana-mana ataupun berbulan madu walaupun ada bercadang mahu ke Cameron Highland jika sembuh nanti.
Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak terjadi dan lelaki berkenaan mengakui sangat sedih namun reda dengan takdir daripada Allah S.W.T. Dia juga berharap isterinya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.
Sumber: TikTok en_syaminn, YouTube Mstar via ohmymedia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply