Lisdawati- “Belajar untuk berbincang dan tak perlu sebar aib pasangan…”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Lisdawati- “Belajar untuk berbincang dan tak perlu sebar aib pasangan…”

Masing-masing pastinya memiliki kekurangan, kelebihan dan aib sendiri, sama ada suami atau isteri.

Tidak ada pasangan suami isteri yang sempurna di dunia ini.

Saling mempercayai pasangan

Menerusi perkongsian aktres berusia 43 tahun dalam rancangan Wanita Hari Ini, dia berpendapat bahawa setiap pasangan seharusnya saling mempercayai antara satu sama lain.

Tidak kiralah jenis pekerjaan atau status, setiap pasangan pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam rumah tangga seperti yang dikongsikan oleh pelakon cantik, Lisdawati baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, bahkan jangan sewenang-wenangnya mendengar hasutan atau percakapan orang lain.

“Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.”

Jangan sesekali buka aib pasangan walaupun dalam keadaan marah

Pada masa yang sama, dia menegaskan bahawa setiap masalah yang berlaku perlu diselesaikan antara pasangan suami isteri, bukannya orang luar.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata, seorang isteri perlulah memainkan peranan dengan sentiasa menjaga maruah pasangan.

Ini kerana ia melibatkan masalah dalaman sesebuah hubungan, tidak kiralah jika kita mengetahui dia sedang menipu.

“Apa sahaja masalah yang timbul belajarlah untuk berbincang di dalam bilik tertutup, hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya.

Duduk bawa berbincang….

Selain itu, Lisdawati mengatakan waktu perbincangan sesama pasangan itulah masa yang terbaik bagi meluahkan ketidakpuasan atau memberi teguran jika salah seorang menyakiti hati atau tersilap perilaku.

“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.

Untuk rekod, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fauzi Nawawi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata dan Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

VIDEO

Sumber : OMM / Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*