Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Paderi AS ini terbuka hati memeluk islam selapas terjemah Al-Quran
Bercakap mengenai hidayah dari Allah SWT, pelbagai kisah berkaitan orang bukan Islam yang ‘diketuk pintu’ hatinya untuk memeluk agama Islam menjadi perhatian sebelum ini.
Hidayah itu hak mutlak Allah SWT, ia merupakan bimbingan atau petunjuk yang diberikan kepada seseorang hambanya. Semua yang berlaku atas kehendakNya, maka beruntunglah orang-orang yang mendapat petunjuk dariNya.
Salah satu darinya adalah kisah seorang paderi dari Amerika Syarikat yang dikatakan memeluk agama Islam selepas beberapa hari bekerja di Arab Saudi.
Jadi penterjemah Al-Quran di Arab Saudi
Kisahnya yang menyentuh hati itu baru-baru ini kembali menjadi tumpuan setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok.
Bekas paderi yang bernama Samuel Shropshire itu difahamkan mendapat hidayah setelah bekerja sebagai penterjemah Al-Quran dalam bahasa Inggeris di sana.
“Hai nama saya Samuel Shropshire, saya warganegara Amerika Syarikat yang tinggal di Arab Saudi.
“Saya datang ke sini ketika tidak tahu apa-apa mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Menerusi video yang dirakam pada tahun lalu, Samuel menceritakan perjalanan rohaninya untuk memeluk Islam.
VIDEOMengimbas kembali perjalanan hidupnya, Samuel berkata dia dijemput oleh sebuah syarikat untuk memeriksa terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk Amerika Syarikat pada November 2011.
“Disebabkan itu saya perlu membaca Al-Quran berulang kali. Seperti yang anda bayangkan, saya langsung tidak tahu apa-apa tentang Islam ketika itu,” ujarnya.
“Tugas saya mudah, menyemak dan mengesahkan terjemahan bahasa Inggeris dalam Al-Quran baharu, sama ada ia senang untuk difahami atau tidak.
Menurutnya, dia kagum dengan isi kandungan Al-Quran.
Bermula dari situ, hatinya bagaikan ‘dijentik’ setelah membaca pelbagai kisah dan mukjizat Nabi Isa AS dan Nabi Ishak AS.
Kemudian, pada suatu hari, dia terdengar azan dan melihat lelaki, wanita dan kanak-kanak sentiasa memenuhi masjid.
Dia merasakan bahawa umat Islam di Arab Saudi tidak seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen AS.
“Kanak-kanak bermain bola sepak di halaman masjid, saya lihat ia seperti gereja di Amerika Syarikat,”
“Saya nampak masjid di seberang jalan. Saya nampak lelaki dan wanita datang dan pergi ke masjid, Jelasnya.
Terdetik untuk pergi ke masjid dengan lebih dekat
Melihat keadaan itu, hatinya tiba-tiba terbuka untuk melawat dan melihat masjid dari dekat. Malah, dia meminta izin daripada muazin untuk masuk ke dalam masjid.
“Ada seorang muazin bernama Syafiq Zubair membenarkan saya masuk ke dalam masjid dan dia juga memeluk saya.
“Saya memerhatikan jemaah sedang berdiri, rukuk dan meletakkan dahi mereka di atas lantai yang dipimpin oleh seorang imam,” katanya.
Selama tiga hari memerhatikan orang solat di masjid, dia merasakan kehadiran Tuhan di dalam hatinya.
Tanpa berfikir panjang, Samuel segera memutuskan untuk memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.
“Saya hafal bunyi bacaan itu, tetapi saya tidak tahu maksudnya. Saya membandingkannya dengan terjemahan bahasa Inggeris dan saya menyedari bahawa tidak ada kandungan Al-Fatihah yang bercanggah dengan ajaran Kristian,” katanya.
“Saya rasa Allah bagaikan ada di masjid, orang sekeliling juga sangat mesra dengan saya. Selepas tiga hari saya minta Syafiq mengajar surah Al-Fatihah.
Tambahnya lagi, dia tersentuh mendengar lafaz ayat Al-Quran dan kasih sayang yang ditunjukkan orang ramai di sekitar masjid.
Untuk makluman, Samuel juga telah mengasaskan pertubuhan Muslim Voice for Peace and Reconciliation (MVPR) pada tahun 2014.
Pertubuhan yang berpangkalan di Washington itu diasaskan bagi mempromosikan hak asasi manusia dan perdamaian.
Sumber : Facebook
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply