Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Menabung 4 Tahun Berjaya Kumpul Duit Hampir Rm80k, Lelaki Ini Beli ‘Cash’ Kereta Import
Berbeza dengan peniaga kaki lima ini iaitu gigih menabung sejak tahun 2018. Dia mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak semua orang mampu displin menyimpan wang dalam tempoh yang lama.
Menurut laporan, SuaraSulSel.id ia aalah usaha keras seorang lelaki yang dikenali sebagai Asriadi Syamsuddin yang telah mengumpul selama empat tahun.
Hasil berkat kesabaran dan displin lelaki berjaya membuktikan usaha itu tidak sia-sia.
Lebih menarik lagi, cara menyimpan wangnya adalah menggunakan botol air mineral.
4 tahun simpan beli kereta import
“Saya menabung sejak tahun 2018 sampai sekarang, ada dua ratus juta terkumpul,” katanya seperti dipetik portal tersebut.
Hasil simpanan sejak 2018, dia akhirnya dapat membeli kereta idaman, Toyota Rush baru-baru ini sekaligus membuatkan para pekerja di pusat jualan kereta terpegun melihatnya.
Menurut portal, seorang pekerja menyatakan bahawa Asriadi sememangnya merancang untuk membeli sebuah kereta dengan harga Rp 271 juta(RM78,256). Dalam pada itu, terdapat sembilan botol syiling dan tiga kotak Rp 2,000 yang disimpan.
Wang tersebut terdiri daripada wang Rupiah 2,000 yang berjumlah Rp100 juta dan ratusan juta bakinya yang terdiri daripada duit syiling.
Katanya, wang itu diperoleh daripada para pelanggan setiap hari. Tidak tahu apa yang ingin dibuat dengan wang tersebut, dia kemudiannya memutuskan untuk mengumpul syiling-syiling diterima.
Minta bantuan jiran angkut syiling
Malah, para pekerja di pusat jualan itu dikatakan mengambil masa yang lama untuk mengira jumlah wang yang dibawa lelaki berkenaan.
Dalam pada itu, Asriadi terpaksa meminjam kereta jirannya untuk mengangkut syiling yang ada ke kedai kereta.
Semoga menjadi inspirasi untuk anda.. Semoga anda dimurahkan rezeki dunia akhirat.
Sumber: SuaraSulSel.id / Keluarga
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply