Sebak ‘Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Ditemui Di Tempat Pelupusan Sampah’ Menangis Tanpa Suara

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sebak ‘Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Ditemui Di Tempat Pelupusan Sampah’ Menangis Tanpa Suara

Kanak2 perempuan 5 tahun ditemui di tempat pelupusan sampah, nangis teresak2 tanpa suara
Bermain adalah aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Sejak dilahirkan sehinggalah menginjak ke alan persekolahan, kebanyakan daripada mereka pada ketika itu hanyalah keseronakan dan kegembiraan mengikut dunia imaginasi dan kreativiti yang dicipta.

Namun, tidak semua kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bernasib baik dalam menyediakan keperluan dan kehendak di sepanjang perkembangan tumbesaran mereka.

Temui kanak2 perempuan di tempat pelupusan sampah
Baru-baru ini, Muhammad Khadir Abd Jalil dan pasukan aktivitis kemasyarakatan di Sandakan menemui seorang kanak-kanak perempuan terbiar sepi di salah sebuah tempat pelupusan sampah.

Difahamkan, mereka menemui kanak-kanak itu ketika menyantuni golongan kurang berkemampuan yang tinggal di Batu 8, Sandakan, Sabah pada Ahad lalu untuk memberikan bantuan pakaian raya dan makanan.

Tambahnya, ia bukanlah pertama kali mereka menyantuni masyarakat di sekitar kawasan tersebut.

“Pada hari tersebut, ini pertama kalinya kami jumpa kanak-kanak berkenaan. Usianya dalam lingkungan lima tahun.

Kami bertanyakan keberadaan ibu dan bapanya, namun dia hanya diam tanpa kata-kata. Hanya menangis di tepi kereta, sedih teresak-esak tanpa suara, dia mengelap air mata.”

Kecil2 dah tahu cari duit

Apa yang meruntunkan hati seorang dewasa apabila mereka tidak dapat membayangkan kanak-kanak di usia muda seperti kanak-kanak tersebut keluar mencari duit di kawasan yang penuh dengan sampah.

“Bayangkan tubuh sekecil yang biasaya tahu bermain itu, tapi dia tidak. Dia berada di tempat yang dikelilingi sampah, ikut mencari duit dan tahu disebalik perkataan bantuan.” kata Muhammad Khadir.

Menurut Muhammad Khadir atau mesra disapa sebagai Wan mengatakan dia terkesima dengan tahap pemikiran kanak-kanak perempuan itu bercakap seperti orang dewasa.

“Kami dah selalu sangat jumpa kanak-kanak dalam program sebelum ini, tapi ini kali pertama yang ada pemahaman macam orang dewasa dan boleh berfikir mengenai bantuan.” ujarnya.

Baju raya untuk adik comel

Selain itu, Wan memberitahu pada mulanya dia tidak mahu berkongsi akan kisah ini di laman Facebook miliknya, namun dia teringat akan nasib yang menimpa adik comel itu ketika melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di masjid selepas menunaikan solat sunat tarawih.

Tambah Wan, dia dan pasukannya akan ke sana lagi pada Jumaat ini bagi menyalurkan bantuan baju raya untuk kanak-kanak tersebut.

“Apabila saya berkongsi di Facebook, ada beberapa individu menghubungi saya untuk memberikan baju raya kepada adik itu.”katanya.

Untuk makluman, mereka turut menyediakan perkhidmatan kereta percuma ke hospital dan khidmat bot percuma bagi menghantar kanak-kanak di daerah tersebut ke sekolah.

Sumber: OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*